728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 16 December 2017

    Najib Razak Terima Anugerah Tertinggi Bahrain



    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dikurniakan anugerah tertinggi Bahrain.

    Najib menerima anugerah "King Hamad Order for Development" yang disampaikan oleh Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana Shaikh Hamad di sini semalam.

    Perdana Menteri diberi penghormatan sebagai pemimpin asing pertama dikurnia anugerah tertinggi Bahrain yang diwujudkan dua tahun lalu.

    Najib memulakan lawatan rasmi tiga hari dengan menghadap Raja Bahrain di istana sebelum itu.

    Perdana Menteri diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa majlis menghadap.

    Raja Hamad juga mengurniakan anugerah "Medal of First Degree" kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada majlis pengurniaan anugerah.

    Baginda kemudian menghoskan majlis santapan negara bagi meraikan perdana menteri, isterinya dan delegasi Malaysia di istana.

    Raja Hamad yang menaiki takhta pada 6 Mei, 1999 melakukan lawatan negara sulung ke Malaysia lewat April tahun ini.

    Kuala Lumpur dan Manama menjalin hubungan diplomatik sejak 1974. - BERNAMA

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Najib Razak Terima Anugerah Tertinggi Bahrain Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top