728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 16 December 2017

    Mahu Menerobos 'Tembok' Khaled Nordin....



    30 November lalu, Mohamed Khaled Nordin menyambut ulang tahun hari lahirnya yang ke 59 tahun.

    Dalam politik, usia tersebut dianggap masih muda. Tidak sama usia dalam 'agama' yang mana angka itu sudah boleh dianggap 'senja'. Namun pada hari ini kita bukan mahu ulas tentang agama, sebaliknya tentang politik.

    Ia bermaksud Khaled Nordin masih muda. Diusia muda begitu beliau sudah menjadi seorang ahli politik yang versetile dan berwibawa.

    Karier politik Khaled Nordin boleh dianggap 'clean and clear' dari isu. Cuma sekitar tahun 2015 dan awal 2016 sahaja nama Khaled Nordin sedikit terpalit dengan isu 'Anti Najib Club'.

    Tapi pada waktu itu boleh dikatakan hampir separuh dari penyokong dan pemimpin dalam Umno yang was-was dengan Datuk Sri Najib Tun Razak.

    Semuanya disebabkan isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion hadiah dari kerabat DiRaja Arab Saudi.

    Bukan Menteri Besar Johor saja yang was-was, malah timbalannya sendiri pada waktu itu turut bersikap sama. Dek kerana tidak mahu terima penjelasan dan terpengaruh dengan hasutan 'si tua', maka Tan Sri Muhyiddin Yassin sekarang ini semakin menuju ke gaung yang digalinya sendiri melalui Pakatan Harapan.

    Turut dipercayai was-was pada waktu itu adalah Ketua Pemuda Umno Brid Jen Khairy Jamaluddin bersama-sama 6 pemimpin kanan Pemuda Umno Malaysia yang digelar '6 Jahanam'.

    Kini mereka sudah bersumpah mahu taat setia kepada Najib. Awas! Jika mereka langgar sumpah, mereka pasti akan termakan sumpah dan karier mereka semakin bertambah gelap.

    Khaled Nordin juga begitu. Cumanya Khaled Nordin tidak memilih untuk bersama bekas bossnya iaitu Muhyiddin. Sama seperti Datuk Wira Razali Ibrahim yang tidak mahu ikut Muhyiddin.

    Mereka memilih untuk menghadam segala jawapan Najib tentang isu-isu berkenaan. Akhirnya mereka selamat di bawah Kerajaan Barisan Nasional hinggal kini.

    Malah sinar Khaled Nordin sebagai MB Johor juga amat baik. Ditambah lagi dengan perkenan DYMM Tuanku Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor sendiri.

    Tagline 'Pro Rakyat' dan Ekspo Johor Berkemajuan antara idea Khaled Nordin yang telah 'ditiru' oleh Pusat. Hasilnya wujudkan #BarisanProRakyat dan #ExpoNegaraku .

    Tapi Khaled Nordin tidak selesa di kedudukannya. Kini DAP sedang giat berusaha untuk menakluk Johor.

    Mereka mahu lebih rapat dengan abang mereka di Singapura iaitu PAP. Lagi pun negeri Johor merupakan salah sebuah negeri kuasa besar ekonomi Malaysia.

    Dengar kata sudah banyak dana ditabur dan berbagai agenda telah dirancang untuk menggulingkan Barisan Nasional di Johor.

    Persepsi terus dan akan semakin dicipta mulai sekarang hingga saat PRU14 tiba. Semuanya untuk menampakkan Khaled Nordin dan Barisan Nasional Johor buruk dan tidak layak diangkat menjadi pemerintah.

    Bagi DAP, jika mereka beroleh Johor ke tangan mereka, maka usaha untuk menguasai seluruh Malaysia semakin pantas. Dengan kata lain ini adalah 'highway' untuk mereka jadikan Malaysia sebagai negara sekular.

    Geopolitik Semenanjung Malaysia telah mereka kaji sejak dahulu lagi. Kini mereka bergerak mengikut agenda atau plan yang telah dicipta.

    Khaled Nordin bukanlah agenda mereka yang utama pun. Tapi dengan menjatuhkan Khaled Nordin, maka mereka mudah untuk menurunkan kuasa Barisan Nasional.

    Tapi percayalah bukan mudah untuk Khaled Nordin digulingkan. Sebagai 'chief' negeri, beliau turut dibantu oleh perwira lain.

    Tak perlu pergi jauh, lihat sahaja orang disebelahnya iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

    Orang nombor 3 terpenting negara itu juga merupakan 'pembantu utama' Khaled Nordin di peringkat negeri.

    Apatah lagi beliau adalah cucunda kepada pengasas Umno yang bermula di Johor. Apakah Hishammuddin mahu biarkan saja Khaled Nordin sekali gus Umno dan Barisan Nasional terkubur di negerinya sendiri?

    Banyak lagi perwira 'berani mati' dari Johor. Mereka ini mampu bersatu atas semangat 'Bangsa Johor' untuk halang Lim Kit Siang dan kuncu-kuncu DAP menyerap masuk menguasai Johor.

    Apa yang pasti bukan mudah untuk menjatuhkan Khaled Nordin. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam dunia politik dan rapat dengan istana, beliau ada 'banyak nyawa' untuk berentap.

    Bayangkan menjadi Setiausaha Politik kepada menteri diusia muda awal 20 tahun, apakah anda anggap Khaled Nordin sekadar mempelajari ilmu politik melalui internet sahaja?

    DAP perlu berkerja keras lagi untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional di bumi kelahirannya sendiri. - KAKI PALU

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Mahu Menerobos 'Tembok' Khaled Nordin.... Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top