Fathia Tak Tahu Sejarah Bila Tanya Kenapa Baru Sekarang Dakwa Dr M

Share on Google Plus


Fathia Latiff sudah tunjuk siapa dirinya sebenar. Sebelum ini dia sekadar acah-acah saja menyerang pemerintah.

Hari ini Fathia sudah mula berani untuk masuk ke gelanggan politik. Namun dia ambil langkah mudah dengan mempersoal suatu perkara yang mungkin menjerat dirinya sendiri.

Fathia mempersoalkan sama ada langkah RCI Forex keatas Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim itu adalah sesuatu yang "bijak".

Selepas berpuluh-puluh tahun Tun (Mahathir) berkhidmat pada negara baru nak dakwa? Inilah dinamakan 'bijak'?" soal Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, di Twitter hari ini.

Sebelum ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Ketua Pemuda PPBM yang haram itu turut persoal hal yang sama.

Namun apabila dia dicabar dengan beberapa fakta, maka dia takut dan terus berdiam diri.

Kali ini giliran Fathia pula. Rasanya artis itu mungkin 'diupah' oleh pihak tertentu untuk menggunakan namanya sebagai public figure bagi menghentam kerajaan.

Persoalan sekarang kenapa isu Forex ini tidak disiasat dari dahulu lagi?

Bukankah Lim Kit Siang sendiri bermati-matian mendesak agar kerajaan pada waktu itu menyiasat? Kit Siang hingga sanggup menulis 2 buah buku untuk meyakinkan rakyat tentang skandal Forex melibatkan Dr Mahathir.

Bila Kit Siang minta siasat? Ia berlaku pada tahun 1994 dahulu lagi. Siapa Perdana Menteri pada waktu itu?

Baca : https://limkitsiang.com/archive/2004/jan04/lks2837.htm

Inilah yang harus rakyat tahu dah Syed Saddiq serta Fathia Latiff jawab segera. -KAKI PALU


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Fathia tak bijak tanya soalan mcm tu. Lebih tak bijak apabila masih ada lagi dok sokong si tua bangka tu.

    ReplyDelete