728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 17 December 2017

    Ekonomi Malaysia Di Landasan Yang Paling Tepat - PM




    Malaysia sedang menuju ke arah yang betul seperti yang dibuktikan dalam laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengenai unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar negara pada 2017, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Perdana Menteri merujuk kepada laporan IMF baru-baru ini yang menyatakan bahawa pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia meningkat dan diunjurkan pada 5.5 – 6.0 peratus untuk 2017, didorong oleh permintaan domestik dan eksport yang teguh.

    "Bukti bahawa kita sedang menuju ke arah yang betul," kata Najib dalam catatan terbaru Twitter beliau.

    IMF menyatakan bahawa agenda pembaharuan struktur komprehensif pihak berkuasa, yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia ke-11, yang memberi tumpuan terhadap usaha menambah produktiviti dan hasil pasaran tenaga kerja, akan membantu meningkatkan pertumbuhan jangka sederhana dan meningkatkan taraf hidup.

    "Keutamaan perlu diberikan kepada dasar-dasar untuk menggalakkan penyertaan pasaran tenaga kerja wanita dan mengurangkan ketidakpadanan kemahiran," katanya.

    Pasukan IMF, yang diketuai oleh Nada Choueiri, melawat Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 28 Nov hingga 8 Dis 2017 untuk mengadakan perbincangan bagi Rundingan Artikel IV 2018 dengan Malaysia.

    Pasukan itu bertukar-tukar pandangan dengan pegawai kanan kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) serta bertemu dengan wakil dari sektor swasta dan kumpulan pemikir.

    Dalam satu kenyataan selepas akhir lawatan itu, Choueiri menyatakan ekonomi Malaysia telah menunjukkan daya tahan pada tahun-tahun kebelakangan ini dan terus berjalan dengan lancar.

    "Bagaimanapun, inflasi teras dan pertumbuhan kredit terkawal. Inflasi harga pengguna telah meningkat dengan harga minyak yang lebih tinggi, dan diunjurkan hampir empat peratus untuk 2017. Dari segi luaran, lebihan baki akaun semasa telah meningkat, dibantu oleh eksport yang kukuh," kata Choueiri.

    "Pertumbuhan KDNK sebenar dijangka pada 5.0 – 5.5 peratus pada 2018. Walaupun kenaikan kitaran akan mula normal, momentum dalam aktiviti dijangka terus kukuh pada separuh pertama tahun ini, disokong oleh permintaan domestik dan kekuatan yang berterusan dalam perdagangan global.

    "Inflasi dijangka merosot dalam jajaran 3.0 – 3.5 peratus dengan kesan yang lebih rendah daripada harga minyak dunia.

    "Risiko terhadap prospek jangka pendek adalah seimbang. Permintaan global yang kukuh untuk elektronik, yang memberi manfaat kepada eksport Malaysia, boleh bertahan lebih lama daripada yang dijangkakan, sementara risiko penurunan, termasuk ketidakpastian dasar dalam ekonomi maju dan keadaan kewangan global yang lebih ketat. Mengenai masa depan, keseimbangan dasar akan menjadi perkara utama.

    "Rancangan pengukuhan fiskal yang dirancang kerajaan untuk 2017-2018 adalah sesuai, dan akan membantu membina penampan dan mengekalkan keyakinan pasaran kewangan.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Ekonomi Malaysia Di Landasan Yang Paling Tepat - PM Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top