728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 27 December 2017

    4 Keistimewaan Fattah Amin Di Mata Fazura





    Umum mengetahui pelakon cantik Fazura seorang yang kuar  bekerja dan baginya  perkahwinan bukanlah satu keutamaan Namun, tanggal 27 November lalu, Fazura sah menjadi isteri kepada pelakon kacak Fattah Amin.

    Mesti ramai yang tertanya-tanya apa istimewanya Fattah Amin sehingga mampu meleburkan tembok kedegilan Fazura.

    Dalam satu temubual baru-baru ini, Fazura kongsikan 4 perkara istimewa tentang Fattah Amin.



    1. Seorang lelaki yang berani
    “Bila jumpa dengan Fattah, dia seorang lelaki paling berani pernah saya jumpa. Dia memang sangat consistent, sampai bagi bunga dekat KL Fashion Week tu something yang Wow. Saya sendiri tak sangka.”



    2. Seorang lelaki yang sayangkan keluarga
    Umum mengetahui, Fattah Amin sangat utamakan keluarganya dalam setiap perkara. Baru-baru ini, Fattah Amin, merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH menerima hadiah kereta Peugeot 408 dan menghadiahkan kereta tersebut kepada ibu bapanya.



    3. Seorang yang setia, baik hati & beragama
    “Sekarang ni bukan senang nak cari lelaki yang setia dan yang ada agama.Boleh membimbing kita. Allah telah mengejutkan saya bahawasanya selama ni jodoh saya adalah orang di dalam industri. Sebagai isteri saya bangga kerana mempunyai seorang suami yang baik seperti dia.”



    4. Seorang lelaki yang penyayang
    “Cara dia menyayangi saya, cara dia melindungi saya. Dia melayan saya macam seorang permaisuri. Saya sangat bahagia.”

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 4 Keistimewaan Fattah Amin Di Mata Fazura Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top