Cara Halus DAP Burukkan Kerajaan Persekutuan

Share on Google Plus



Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa mempunyai cara tersendiri untuk memburuk-burukkan Kerajaan Persekutuan sepanjang pentadbirannya di negeri Pulau Mutiara itu.

Salah satu caranya dengan memperbesarkan perkataan ‘Kerajaan Malaysia’ yang merujuk kepada Kerajaan Persekutuan dalam setiap surat saman Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kepada penduduk yang melakukan kesalahan di negeri itu.



MBPP merupakan salah satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dinaungi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Good morning Majlis Perbandaran Pulau Pinang nak tanya ni, sejak bila MBPP di bawah Kerajaan Malaysia?

“Takkan MBPP nak tipu rakyat bila nak compound kata di bawah Kerajaan Malaysia malah logo MBPP pun takde, takkan bila rakyat tanya letak kesalahan di bahu Kerajaan Persekutuan? Bukan kah ini satu penipuan?

“CM Lim Guan Eng yang ajar ke ni?,” soal Hafizi Harris dalam Facebook.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment