728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday 20 October 2017

    Solat Jumaat Boleh Buatkan Wajah Lelaki Menjadi Tampan, Ye Ke?





    Solat Jumaat adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh golongan lelaki di setiap hari Jumaat.  Bahi menambah semangat golongan lelaki untuk pergi ke masjid, terdapat banyak ‘mame’ di media sosial yang mengatakan jika pergi solat Jumaat lelaki akan kelihatan lebih tampan.

    Kewajiban untuk menunaikan solat jumaat bagi golongan lelaki telah dikatakan sendiri oleh Rasulullah SAW. Baginda bersabda,

    Jum’at itu wajib bagi setiap Muslim untuk berjema’ah, kecuali empat (golongan), yaitu; hamba wanita, wanita, kanak-kanak dan orang sakit. (HR. Abu Dawud: 1069).

    Berdasarkan hadis itu, ia jelas mengatakan bahawa solat berjemaah itu merupakan syarat wajib untuk solat Jumaat. Tetapi bagaimana pula dengan kata yang mengatakan solat Jumaat boleh membuatkan lelaki kelihatan lebih tampan?

    Menurut pelbagai sumber, disebut antara balasan yang Allah SWT akan berikan kepada hambanya yang taat adalah Allah SWT akan menjadikan individu itu semakin baik dari segi batin dan zahir.

    Ibnu Abbas menjelaskan yang kesan ibadat dan ketaatan dapat membuatkan wajah seseorang itu menjadi semakin cerah, hati bercahaya, rezeki bertambah dan fizikal yang kuat.

    Namun, perlu diketahui dan diingati yang dunia ini hanya sementara, Allah SWT akan membalas kebaikan dan kejahatan yang dilakukan oleh umatnya sama ada di dunia ataupun di akhirat kelak.  Jadi, jika amalan ketaatan anda tidak dibalas di dunia, ia mungkin akan dibalas di akhirat nanti.

    Rasulullah SAW pernah mengatakan yang pada hari Jumaat di syurga wajah lelaki mukmin akan menjadI semakin tampan. Sabda Rasulullah,

    Di syurga ada pasar, yang akan dikunjungi oleh penghuni syurga setiap Jum’at.  Bertiuplah angin dari utara mengenai wajah dan pakaian mereka hingga mereka menjadi semakin indah dan tampan.  Mereka pulang ke isteri-isteri mereka dalam keadaan bertambah indah dan tampan.


    Keluarga mereka berkata, “Demi Allah, engkau semakin bertambah indah dan tampan.” Mereka pula berkata, “Kamu juga semakin bertambah indah dan cantik”. (HR Muslim 7342).

    Jadi, ‘mame’ yang mengatakan solat jumaat boleh membuatkan lelaki menjadi semakin tampan itu tidak perlu diragui kesahihannya.  Yang perlu dibetulkan hanyalah niat seseorang itu, tujuan menunaikan solat jumaat dan ibadah yang lain adalah kerana Allah SWT dan bukannya hanya ingin kelihatan tampan. –UN

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Solat Jumaat Boleh Buatkan Wajah Lelaki Menjadi Tampan, Ye Ke? Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top