Orang Kedah Buktikan Mereka Tolak Parti Mahathir

Share on Google Plus


Selepas gagal menghimpunkan seramai 100,000 orang dan 40,000 orang di Padang Timur MBPJ, Petaling Jaya, Pakatan Harapan mahu tebus malu di Alor Setar pula.

Kehadiran bekas pemimpin UMNO dari Kedah iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama keluarga kununnya dapat membawa lebih ramai orang Kedah turun menyokong himpunan Pakatan Harapan.

Namun hakikatnya Mahathir sekali lagi menerima malu kali kedua di negeri sendiri apabila jumlah kehadiran tidak memberangsangkan.

Walaupun penganjur kata 5,000 orang hadir, tetapi mengikut laporan akhbar Cina, yang hadir sebenarnya tidak lebih dari 3,000 orang sahaja.

Manakala ada juga yang kata hanya 2,000 orang sahaja yang turun menolong langkah menebus malu Mahathir itu.

Apatah lagi dalam majlis itu Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan telah melantik anak sendiri Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Kedah.

Tak cukup bukti lagi mereka mengamalkan kronisme?

Sudahlah dimalukan oleh rakyat Malaysia di Petaling Jaya, kali ini orang kampung Mahathir sendiri telah mengulangi kegagalan itu di Kedah.

Cukuplah Mahathir. Rakyat semakin muak dengan karenah kamu. Semakin hari kamu bertungkus lumus menyerang Perdana Menteri, semakin ramailah rakyat negara ini akan terus membenci kamu. -KAKI PALU


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment