728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 1 October 2017

    Johor Tahan 21 Pengikut Ajaran Syiah




    Seramai 21 individu termasuk tiga warga Singapura yang dipercayai pengikut ajaran Syiah ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah dikenali sebagai Hauzah Syiah di Ulu Tiram, Johor malam tadi.

    Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Amran A Rahman berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada lelaki berusia antara 21 hingga 67 tahun yang sedang menghadiri satu majlis berkaitan fahaman itu.

    Menurutnya dalam serbuan oleh 34 anggota bahagian penguatkuasaan JAINJ bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada jam 10.05 malam itu, beberapa bahan berkaitan ajaran berkenaan termasuk buku ajaran Syiah, batu karbala dan kain rentang berunsur syiah turut dirampas.

    “Serbuan dibuat hasil maklumat dan risikan selama tiga bulan.

    “Kami percaya rumah tersebut dijadikan hauzah Syiah kerana dilihat aktif menjalankan majlis berkaitan fahaman itu seminggu sekali atau dua kali,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

    Menurut Amran lagi ketika serbuan, kesemua mereka sedang menghadiri majlis memperingati kematian Saidina Hussain yang jatuh pada 10 Muharam setiap tahun sebagai hari berkabung untuk pengikut Syiah di seluruh dunia.

    “Sejak tahun lepas, kita sudah membuat serbuan sebanyak dua kali.

    “Pada serbuan kali kedua ini, lapan lelaki kita dapati  pernah ditahan atas kesalahan yang serupa pada serbuan kali pertama,” kata beliau.

    Justeru itu, beliau berkata pemantauan akan terus diadakan pada lokasi-lokasi yang dipercayai aktif dalam menjalankan aktiviti berkaitan fahaman syiah dan turut dijadikan Hauzah Syiah.

    Kesemua ditahan di bawah Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 iaitu mengingkari pihak berkuasa agama yang dinyatakan melalui fatwa dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Johor Tahan 21 Pengikut Ajaran Syiah Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top