728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday 11 August 2017

    Roti Canai Diuli Atas Penutup Tangki Najis Di Kedah





    Jijik! Pekerja sebuah restoran nasi kandar didapati menguli tepung atas penutup tangki kumbahan untuk membuat roti canai.

    Banyak najis lipas ditemui di dapur restoran, selain berisiko didatangi tikus kerana bahan mentah masakan tidak ditutup, lapor Kosmo!.

    Penolong pengarah (bahagian pengurusan halal) Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) berkata perbuatan itu dikesan ketika pemeriksaan di enam restoran sekitar sini, semalam.

    Rosyadah Ramli berkata restoran terletak di Jalan Seberang Perak di sini kemudian diarah tutup.

    “Dua lagi premis nasi kandar di sekitar bandar raya ini yang terletak di Lebuh Raya Darul Aman dan Jalan Lencong Barat juga diarah tutup selama 14 hari mulai semalam,” katanya.

    Beliau berkata semua restoran itu gagal mematuhi piawaian dari segi kebersihan dan perlu membersihkan premis sebelum dibenar dibuka semula.

    Operasi empat jam bermula 10 pagi dijalankan bersama beberapa agensi kerajaan lain.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Roti Canai Diuli Atas Penutup Tangki Najis Di Kedah Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top