728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 13 August 2017

    Nothing To Hide 2 : Soalan Bocor Untuk Mahathir





    1. Difahamkan bahawa program ‘Nothing To Hide 2.0’ yang dianjur oleh Armada PPBM akan diteruskan juga.

    2. Jika benar, kita sudah dapat mengagak propaganda yang akan dimainkan oleh mereka. Seperti yang dijangka, mereka akan cuba memperlekehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana ‘tidak hadir’ tetapi dijangkakan tindakan mereka itu tidak ada nilai dan sekadar publisiti murahan sahaja.

    3. Lebih dinanti-nantikan adalah apabila hadirin yang berada dalam majlis ini akan menggunakan sepenuhnya majlis tersebut untuk menyoal siasat Tun Dr Mahathir.

    4. Penulis mendapat berita bahawa majlis ini nanti akan disertai oleh lebih ramai pihak yang sebelum ini tidak diberi kesempatan untuk bercakap semasa Forum bertajuk “Mahathir: Agen perubahan atau Pemusnah” dan "Nothing To Hide 1".

    5. Mereka ini terdiri daripada generasi muda dan juga penyokong-penyokong tegar yang telah meluahkan pandangan mereka serta muak dengan sandiwara badut-badut dalam Pakatan Harapan dan menolak kehadiran Tun Dr Mahathir di dalam Pakatan.

    6. Bagi mereka, Nothing to Hide 2 adalah peluang mereka secara terbuka untuk menggesa Mahathir supaya undur diri dan tidak lagi mencampuri politik Pakatan Harapan.

    7. Semasa forum "Mahathir: Agen perubahan atau Pemusnah", penyokong pembangkang telah menghentam panel yang hadir. Adakah perkara sama akan berulang terhadap Tun Dr Mahathir?



    *Baca selanjutnya kupasan SOALAN BOCOR UNTUK MAHATHIR:*


    http://klxpress.com.my/editorial/26328-nothing-to-hide-2-soalan-bocor-untuk-mahathir.html

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Nothing To Hide 2 : Soalan Bocor Untuk Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top