728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 10 August 2017

    Isa Samad Mungkin Dipanggil SPRM Bantu Siasatan FIC





    BEKAS pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Mohd Isa Abdul Samad mungkin dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian dua buah hotel di London dan Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC), lapor Utusan Online hari ini.

    Ia susulan kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Mohd Azam Baki semalam yang akan memanggil individu penting bagi mendapatkan kenyataan minggu depan.

    “Ada orang penting yang akan dipanggil minggu depan. Siapa orang itu saya tidak mahu dedahkan lagi,” katanya.

    Sebelum ini, pada 21 Jun, Isa dan isterinya Bibi Shaliza Mohd Khalid Pada 21 Jun, dipanggil oleh SPRM untuk memberi kenyataan bagi membantu dalam siasatan terhadap dakwaan salah guna kuasa dan rasuah dalam FGV.

    Menurut Azam, setakat ini seramai sembilan individu sudah ditahan manakala lebih 30 saksi  dipanggil berhubung isu pembelian hotel itu.

    Ditanya sama ada SPRM akan menyiasat pembelian hotel lain oleh FIC, beliau berkata setakat ini pihaknya hanya menyiasat pembelian hotel di London dan Kuching.

    "Untuk hotel di London, pegawai penyiasat akan mengambil keterangan saksi antaranya daripada peguam dan pihak bank," kata Azam.

    "Kalau ada hotel lain, kita akan lihat sama ada wujud isu rasuah  atau salah guna kuasa," katanya.

    SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh FIC yang didakwa lebih mahal berbanding harga asal.

    SPRM turut memulakan siasatan ke atas pembelian hotel di Kuching selepas pasukan penyiasat mendapat maklumat ketika menyiasat pembelian hotel London itu.

    Semalam, badan anti rasuah itu mengambil kenyataan bekas ahli lembaga pengarah FIC, Nur Ehsanuddin Mohd Harun bersama dua individu lain.

    Mereka adalah pengarah jabatan undang-undang Felda, Helwani Lukman dan seorang peguam.

    Sementara pada Isnin lalu, bekas ketua pegawai eksekutif FIC dan bekas pegawai khas kepada bekas pengerusi Felda yang direman lapan hari berhubung kes yang sama dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

    Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan pembebasan kedua-dua individu itu dengan bon jaminan masing-masing sebanyak RM200,000 dengan dua penjamin.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Isa Samad Mungkin Dipanggil SPRM Bantu Siasatan FIC Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top