728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 14 August 2017

    Gagal Penuhi Permintaan Seks 10 Kali Sehari, Suami Dakwa Dirotan Isteri





    STATISTIK kerajaan pada tahun 2014 hingga 2016, mencatatkan sebanyak 15,617 kes keganasan rumah tangga di negara ini dengan 26 peratus membabitkan penderaan terhadap suami, lapor Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak, April lalu.

    Malah, ia lebih membimbangkan apabila segelintir golongan suami yang menjadi mangsa penderaan seperti dipukul dan ditumbuk enggan melaporkan kes tersebut, dipercayai atas faktor menjaga maruah atau malu.

    Itu yang berlaku kepada seorang pekerja kilang yang terpaksa menahan penyeksaan selama bertahun-bertahun akibat didera oleh isterinya, gara-gara malu untuk melaporkan insiden penderaan itu.

    Akhbar The Star yang memetik China Press melaporkan, lelaki berusia 32 tahun itu mendakwa dirotan oleh isteri kerana gagal memenuhi tuntutan nafsu seks wanita berkenaan.

    Lebih memeranjatkan, mangsa mendakwa isterinya mengajak melakukan seks sehingga 10 kali sehari, dan jika mangsa gagal memenuhinya, dia diarah untuk berlutut sebelum si isteri bertindak merotannya.

    Akibat tidak tahan menanggung seksaan, lelaki itu akhirnya tampil meminta bantuan Presiden Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia, Kuan Chee Heng, lapor akhbar itu lagi.

    Kuan berkata pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam  di seluruh badan dan punggung lelaki itu dipercayai akibat dirotan.

    Tambah Kuan, mangsa enggan melaporkan kejadian tersebut kerana malu.

    Sebagai jalan penyelesaian, Kuan mencadangkan agar lelaki itu mendapatkan bantuan perubatan dan khidmat kaunseling untuk isterinya yang berusia 31 tahun.

    Pada April lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim membentangkan pindaan terhadap Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017, bertujuan untuk mempertingkatkan perlindungan kepada mangsa dan membantu memulihkan institusi kekeluargaan.

    Pindaan itu, antara lain membolehkan mangsa membuat laporan kepada Talian Kasih (15999) beroperasi 24 jam setiap hari, dua jam selepas kejadian bagi mendapatkan perintah perlindungan, lapor media tempatan.

    Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia pada 1 Jun 1996 dan telah dipinda buat kali pertama pada tahun 2012.

    - mD

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Gagal Penuhi Permintaan Seks 10 Kali Sehari, Suami Dakwa Dirotan Isteri Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top