BILA BAPA ‘KENCING’ BERDIRI, ANAKNYA ‘KENCING’ BERLARI…

Share on Google Plus



Kadang kala, jika dilahirkan di dalam keluarga kaya raya dan mendapat pendidikan tinggi hingga ke luar negara pun, tidak semestinya kita tahu dan faham tentang semua perkara. Apatah lagi berkenaan undang-undang yang sememangnya sukar difahami.

Kadang kala juga, dia fikir dia cerdik untuk menipu orang kerana pengaruh yang dimiliki bapanya yang masyhur. Namun kadang kala, kecerdikannya itu ‘memakan diri’ apabila berkali-kali ‘kantoi’ terang-terangan di ketahui rakyat jelata.

Baru-baru ini, seorang anak negarawan yang kecewa hilang jawatan atas keangkuhan diri sendiri itu mendakwa dia boleh memilih untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) ketika kedudukannya sebagai Menteri Besar terancam.

Dia mendakwa, kononnya kerana ‘sayangkan UMNO dan BN’, maka dia tidak bertindak sedemikian. Dengan yakin dia mengatakan jika dia membubarkan Dun ketika itu, kemungkinan BN akan hilang kuasa di negeri tersebut.

Sampai bila dia mahu ‘kencing’ pengikut taksubnya dengan menunjukkan seolah dirinya ‘baik’, ‘best’ dan ‘hero’? Budak macai yang tahap SPM itu mungkin dia boleh ‘kencing’, tapi ramai lagi yang ada pendidikan dan pengetahuan tentang hakikat sebenar.

Tahukah dia bahawa kuasa untuk membubarkan Dun menurut undang-undang tubuh di negeri itu berada di bawah bidang kuasa budi bicara Sultan? Dia tahu apakah yang dimaksudkan dengan kuasa budi bicara Sultan?

Jika tidak tahu, atau tahu tapi akalnya susah sangat untuk hadam maksudnya, dia sepatutnya bertanya pada bapa kesayangannya itu. Bukankah bapanya dulu yang bertanggungjawab terhadap krisis perlembagaan 1983?

Untuk tahu tentang krisis perlembagaan 1983, sila rujuk Perkara 60 dan 150 yang dipinda bapanya dulu dengan strategi yang cukup “menekan”. Cuba lihat dan baca apa kata pakar-pakar pelembagaan tentang doktrin pengasingan kuasa di zaman bapanya dulu.

Jika dia mahu bubar Dun sekalipun, sudah tentu perlu ada prosedurnya. Dia perlu usul dalam Dewan dan perlu menang majoriti bersetuju untuk bubarkan Dun. Jika dia menang, maka barulah dia boleh memohon kepada Sultan untuk membubarkan Dun.

Sekiranya Sultan perkenan, maka barulah dia boleh bubarkan Dun. Jika sebaliknya, maka Dun perlulah mencari jalan lain selain membubarkan Dun. Dia tidak boleh paksa Sultan. Sila rujuk kes Nizar vs Zambry di Perak berkenaan hal ini.

Itupun jika dia menang, bukan? Jika kita lihat hasil siasatan DiRaja yang dijalankan oleh Jemaah Pemangku Sultan ketika itu, adalah jelas keputusannya menyaksikan majoriti Adun telah hilang kepercayaan terhadapnya.

Jadi, bagaimana dia hendak bubar Dun jika majoriti Adun tidak percaya padanya lagi? Silap-silap, diperingkat usul saja pun sudah ditolak speaker Dewan, bukan? Apa dia fikir speaker Dewan ketika itu berpihak kepadanya? Cuba lihat siapa Speaker Dun di negeri itu.

Justeru itu, penulis sarankan supaya berhentilah ‘kencing’ rakyat. Jangan fikir rakyat mudah untuk diperbodoh-bodohkan seperti ‘macai-macai’ di sekelilingnya. Cubalah sekali-sekala bercakap benar dan telus berkata-kata. Tidak malukah bila ‘kantoi’?

Penulis berpandangan, jika dia tidak berbinkan seorang bekas Perdana Menteri paling lama ‘berkuku besi’, penjaga tandas awam sekali pun belum tentu akan dengar atau sokong dia. Politiknya tidak ke mana, mungkin di tepi longkang pun tidak laku…

Disarankan dia berhentilah jadi ahli politik. Dia khabarnya hebat sebagai ahli perniagaan ‘fiber optik’, maka kembalilah tumpu perhatian kepada perniagaan. Cuma jika bosan, boleh juga cuba ceburi bidang animasi. Manalah tahu boleh pegang watak ‘super hero’ kanak-kanak jaga bumi, kan? Selamat berjaya!





Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment