"Bekas Banduan Susah Dapat Kerja, Tetapi Pakatan Mahu Peliwat Jadi PM, Kenapa Tun?"

Share on Google Plus




Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara konsisten mengelak daripada memberi jawapan terus kepada soalan yang ditujukan kepadanya semasa program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam, semalam.

Antara yang menarik perhatian adalah soalan berkaitan konsensus Pakatan Harapan mahu menjadikan pesalah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, dan ianya turut dipersetujui oleh Dr Mahathir sendiri.

Fariz Hadi yang bertanyakan soalan berkenaan berkata, beliau sejak sekian lama bertelagah dengan saudara-maranya serta rakan-rakan kerana mempertahankan tindakan Dr Mahathir memenjarakan Anwar pada 1998 diatas kesalahan liwat.

"Tun kena isytiharkan dalam program ini. Jika benar Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pesalah liwat dan pesalah yang membocorkan rahsia negara, dia adalah bekas banduan yang bakal Tun angkat untuk jadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang.

"Adakah Tun hari ini menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri, yang merupakan salah seorang bekas banduan. Sedangkan hari ini banduan yang ada nak kerja kedai makan pun susah.

"Tetapi hari ini Pakatan Harapan mengangkat seorang banduan pesalah liwat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang," soal Fariz yang disambut tepukan gemuruh oleh sidang penonton lain.

Mengelak menjawab soalan berkenaan, Dr Mahathir berkata, Anwar sendiri tidak pernah bertanyakan isu berkenaan sewaktu mereka bertemu sebelum ini.

"Yang peliknya Anwar tidak pernah bertanyakan soalan pelik macam ni. Dia pun macam saya, tumpuan sekarang adalah untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib.

"Itu adalah perkara lama, kalau kita nak ungkit perkara lama, sampai bila pun kita tak boleh buat apa," ujarnya.

Fariz dicelah-celah hadirin kemudiannya menggesa Dr Mahathir menjawab soalan yang dituju.

"Program Nothing To Hide (tiada yang ingin disembunyikan) Tun. Tun kena jawab," kata Fariz.

Kata Dr Mahathir; "Saya dah jawab dah. Dia (Anwar) tak tanya apa pun. Nak jawab apa lagi?"

Terus mengelak daripada menjelaskan mengenai pemenjaraan Anwar pada 1998, Dr Mahathir terus menjawab isu berkaitan pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri.

"Kalau rakyat nak Datuk Seri Anwar jadi Perdana Menteri, maka rakyatmempunyai hak untuk memilih Datuk Seri Anwar. Kalau saya tak setuju tapi majoriti mahu Datuk Seri Anwar (jadi Perdana Menteri), kita kena terima," kata Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan.

- mD


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment