728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 20 August 2017

    Ahli DAP Mahu Lantik Mufti Dari Mereka Yang Bukan berkelulusan Pengajian Islam




    Seorang ahli DAP menggesa kerajaan supaya melantik mufti yang mempunyai kelulusan dalam bidang selain Pengajian Islam supaya tidak ketinggalan zaman.



    Menurut laporan yang diterbitkan oleh Free Malaysia Today, Prof Tajuddin Rasdi dari Universiti UCSI mengatakan, “Mereka (mufti) perlu mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang dengan ijazah atau PhD dalam seni bina atau pengajian sosial.”



    Menurutnya pemimpin Islam perlu mempunyai kemampuan untuk melihat dunia dari perspektif yang lain juga.



    “Pemimpin Islam perlu mampu melihat gambaran lebih besar dari segi alam sekitar, psikologi, seni bina dan lain-lain,” Menurutnya institusi seperti mazhab Hanbali mempunyai kelemahan kerana dikendalikan oleh manusia.



    “Tetapi, mereka yang memberi kata putus. Bagaimana kita boleh kata demikian sedangkan mereka jelas mempunyai kelemahan,” tegasnya lagi.



    Menurut Tajuddin Rasdi, orang ramai sepatutnya berhak untuk mempersoalkan kewujudan mazhab itu.



    Tajuddin menegaskan lagi bahawa penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Agama berdasarkan fatwa adalah bermasalah.



    Tajuddin antara lain mendakwa bahawa Kassim Ahmad mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya namun demikian pendapatnya dianggap sesat.



    Tajuddin merupakan ahli DAP semenjak tahun 2012 kerana ingin menjadi jambatan antara orang Melayu dan bukan Melayu.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Ahli DAP Mahu Lantik Mufti Dari Mereka Yang Bukan berkelulusan Pengajian Islam Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top