1MDB Lunas Hutang IPIC US$360 Juta

Share on Google Plus




1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam satu kenyataan memberitahu bahawa syarikat berkenaan telah membuat bayaran sebanyak US$360 juta (RM1.55bilion) kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co. (IPIC).


Kenyataan itu dipetik sebagai berkata, bayaran itu dibuat selepas ia terlepas tarikh akhir asal 31 Julai yang turut diberikan lanjutan lima hari.


“Baki asal bayaran obligasi pada IPIC pada 31 Julai 2017, kini perlu dibayar pada 31 Ogos 2017,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


1MDB menambah semua dana yang dibayar kepada IPIC adalah hasil program rasionalisasi berterusan.


Melalui perjanjian yang dimeterai dengan IPIC pada April lalu, 1MDB bersetuju membayar AS$1.2 bilion dalam dua ansuran dengan pembayaran pertama kira-kira AS$600 juta dibuat pada 31 Julai.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment