728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 6 July 2017

    WhatsApp Perkenal Kamera Malam iPhone





    Aplikasi mesej WhatsApp menambah baik fungsi kamera dengan memperkenalkan ‘Mod Malam’ versi terbaharunya yang membolehkan penggambaran dalam keadaan kurang pencahayaan bagi menghasilkan kualiti imej yang lebih baik.

    Menurut portal Gadget 360, penambahbaikan itu akan memberi manfaat kepada lebih 1.2 bilion pengguna WhatsApp di seluruh dunia.

    Bagaimanapun jelasnya, fungsi berkenaan hanya terdapat pada versi WhatApp terkini dan khusus untuk iPhone.

    “Buat masa ini belum ada versi penuh atau beta dikeluarkan untuk sistem operasi Android,” jelas portal itu di sini hari ini.

    Menurut portal itu lagi, untuk mengaktifkan fungsi mod malam, pengguna perlu menyentuh ikon bulan sabit yang berada di bahagian atas sebelah kanan skrin.

    Tambahnya, setelah diaktifkan gambar kelihatan lebih cerah berbanding sebelumnya dan ikon tersebut hanya muncul sekiranya sensor kamera mengesan keadaan yang kurang pencahayaan.

    “Mod malam ini hanya untuk mengambil gambar dan ia tidak boleh digunakan untuk merakam video atau ketika membuka aplikasi dalam mod video,” jelasnya.

    – AGENSI

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: WhatsApp Perkenal Kamera Malam iPhone Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top