728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 27 July 2017

    Wat Siam, Kuil Botol Pertama Di Malaysia






    Diilhamkan dari Wat Pa Maha Kaew yang dikenali sebagai 'Temple of Million Bottles’ di Sisaket, Selatan Thailand, sebuah Wat Siam di Kampung Charok Padang dekat sini menarik perhatian pengunjung apabila sebahagian binaannya menggunakan 100,000 botol kaca terpakai.

    Tumpuan utama pada kuil yang yang terletak kira-kira 43 kilometer dari Sungai Petani ini ialah ribuan botol kaca berwarna hijau yang disusun membentuk sebuah botol kaca gergasi setinggi sembilan meter.

    "Replika botol ini mempunyai satu ruangan khas di bawahnya yang boleh memuatkan sebuah kereta dan ia boleh melepaskan air dari tangki simpanan air yang disimpan di bahagian atas untuk membuang 'suay' mengikut kepercayaan penganut Buddha," kata seorang sami, Chaleen Rajagobal, 26.

    Selain itu, sebuah bangunan setingkat yang menempatkan 92 loceng yang digunakan untuk upacara sembahyang, turut menggunakan botol kaca sebagai binaan dinding dan bumbung, malah kawasan tersebut dikelilingi dengan pagar yang turut dibina sebahagiannya menggunakan botol kaca.

    "Kerja-kerja ini kesemuanya dimulakan dengan membina rangka luar binaan terlebih dahulu sebelum botol kaca ini dilekatkan di bahagian luar atau dinding menggunakan simen," katanya.

    Kuil yang dibina pada 1999 itu, tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘‘First Bottle Made Temple’ pada Oktober 2001.

    Chaleen berkata, idea itu sebenarnya dicetuskan oleh ketua sami di kuil berkenaan, iaitu Datuk  Phrcaathikan Nuemarutthammo Nuemchaiwan yang berkunjung ke Wat Siam di Thailand itu pada 1990-an, sebelum aktiviti mengumpul botol dimulakan pada 1999.

    "Ramai penduduk kampung pelbagai agama menyumbangkan botol kaca yang sudah tidak digunakan lagi untuk membuat binaan ini, malah mereka turut sama membantu menyiapkan kuil ini," katanya dan menambah, sebanyak RM400,000 diperuntukkan untuk membina kuil itu. - Bernama

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Wat Siam, Kuil Botol Pertama Di Malaysia Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top