728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday 7 July 2017

    Waspada Pihak Yang Mahu Ubah Identiti Malaysia





    Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) meminta kerajaan supaya terus berwaspada dengan usaha pihak tertentu untuk mengubah identiti Malaysia demi kepentingan mereka.

    Presiden, Eqwan Roslan berkata, kumpulan terbabit kini bertindak membuat desakan demi desakan bagi menekan kerajaan Malaysia untuk mengubah identiti negara ini.

    “Kerajaan perlu mempertegas perlaksanaan Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 3 tahun 2011 yang menyatakan Sejarah sebagai Mata Pelajaran Wajib Lulus SPM bermula tahun 2013.

    “Selain daripada memelihara Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, rakyat Malaysia juga harus memahami latar belakang sejarah Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan yang dipelajari dalam subjek sejarah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Eqwan berkata, memiliki SPM bukan sahaja penting daripada sudut kompetensi untuk berkhidmat dan keupayaan bertutur tapi sebagai pembentukan identiti dan asas perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

    Terdahulu, beliau menyambut baik keputusan Kabinet menolak usaha melonggarkan syarat Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menjadi pegawai perubatan kontrak di Kementerian Kesihatan.

    “Ia selari dengan aspirasi rakyat Malaysia serta kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang menjadi identiti rakyat Malaysia.

    “Jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang bersuara dalam hal ini dan berharap rakyat Malaysia akan terus bersatu padu dalam mempertahan identiti negara,” katanya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Waspada Pihak Yang Mahu Ubah Identiti Malaysia Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top