728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 24 July 2017

    Video Tentera Israel Sepak Lelaki Muslim Sedang Solat





    RAKAMAN video berdurasi 45 saat yang memaparkan seorang lelaki sedang khusyuk sembahyang tiba-tiba disepak oleh seorang askar Israel mencetus kemarahan ramai.


    Rakaman itu diambil ketika pertempuran yang berlaku di luar kawasan Masjid Al-Aqsa dan disiarkan  stesen TV antarabangsa Al Jazeera pada Jumaat.




    Rusuhan itu dilaporkan berlaku susulan tindakan Israel tidak membenarkan orang Islam berumur di bawah usia 50 tahun menunaikan solat di dalam Masjid Al-Aqsa.


    Sedutan rakaman tersebut mencetuskan kemarahan netizen di seluruh dunia dan tidak ketinggalan pengguna media sosial tempatan yang sekeras-kerasnya mengutuk perbuatan biadap askar tersebut


    Dalam pada itu Al Jazeera melaporkan tiga maut dalam pertempuran antara waraga Palestin dan Israel dalam demonstrasi tersebut.


    Rabu lalu, Imam masjid Al-Aqsa, Sheikh Ikrima Sabri cedera ditembak de­ngan peluru getah oleh rejim zio­nis ketika beliau sedang menunaikan solat di luar pintu pagar masjid berkenaan.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Video Tentera Israel Sepak Lelaki Muslim Sedang Solat Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top