728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 9 July 2017

    TMJ Sindir KJ 'Kaw-Kaw'





    Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar sikap sesetengah ahli politik yang berkelakuan seperti selebriti.

    Melalui posting Facebook miliknya, Tunku Ismail berkata, apabila ahli politik cuba menjadi ahli sukan mewakili negara ia seolah-olah menghantar wakil yang salah dalam acara tersebut.

    “Ia telah menjadi tempat di mana ahli-ahli politik mahu menjadi selebriti dan ahli sukan.

    “Ini dilihat di mana seseorang yang tidak boleh menunggang kuda atau bermain polo boleh dipilih untuk mewakili negara,” katanya Presiden FAM itu lagi.

    Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang disenarai pendek untuk acara polo berpasukan di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

    Khairy sebelum ini enggan mengulas sebarang kenyataan TMJ terhadapnya kerana tidak berasa ada sebarang kebaikan.

    Tunku Ismail juga sebelum ini pernah menegur Khairy kerana tidak hadir dalam perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Pahang sebaliknya menghadirkan diri dalam satu acara bersama Jabatan Rela Malaysia.

    Menurut Tunku Ismail, sebagai individu yang penting dalam arena sukan tanah air, Khairy seharusnya mengutamakan acara sukan tersebut dan menyaksikan salah satu perlawanan bersejarah ini. – BeritaDaily

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: TMJ Sindir KJ 'Kaw-Kaw' Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top