728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday 7 July 2017

    Selain BM, Sejarah Juga Patut Wajib Lulus - Pembina





    Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) meminta kerajaan untuk memperketatkan syarat lantikan kontrak di dalam perkhidmatan awam dengan menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain subjek Bahasa Melayu.

    Presidennya, Eqwan Roslan berkata kerajaan perlu tegas dengan pelaksanaan Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 3 tahun 2011 yang menyatakan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus bermula tahun 2013.

    “Selain daripada memelihara Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rakyat Malaysia juga harus memahami sejarah Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan menerusi subjek Sejarah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Menurutnya, Pembina berpandangan memiliki keputusan SPM bukan sahaja penting dari sudut kompetensi untuk berkhidmat dan keupayaan bertutur tetapi sebagai pembentukan identiti dan asas perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

    Beliau juga berharap agar kerajaan terus berwaspada dengan usaha dan desakan pihak tertentu yang cuba memberi tekanan ke atas kerajaan untuk mengubah identiti Malaysia demi kepentingan mereka.

    Eqwan juga menghargai keputusan Kabinet untuk menolak usaha melonggarkan syarat Bahasa Melayu peringkat SPM untuk menjadi pegawai perubatan kontrak di Kementerian Kesihatan.

    Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu membabitkan lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41 berkata Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Persekutuan selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan yang perlu dipertahankan. – BERNAMA

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Selain BM, Sejarah Juga Patut Wajib Lulus - Pembina Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top