PPBM Parti ‘Malaysians’ Walaupun Melayu

Share on Google Plus



“Saya mungkin tidak bersetuju sepenuhnya dengan Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad), tetapi saya faham sudut pandangan beliau”

Itu reaksi Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung kenyataan Mahathir mahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dianggap sebagai parti Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Kata Kit Siang, Mahathir mahu PPBM dianggap sebagai parti Melayu dengan tujuan mendapatkan sokongan Melayu untuk Pakatan Harapan yang turut dibarisi DAP.

Justeru, beliau berpandangan walaupun Mahathir mahu PPBM dianggap sebagai sebuah parti Melayu, tetapi parti itu sebenarnya adalah parti ‘Malaysian’.

“PPBM lebih ‘Malaysians’ berbanding UMNO. ‘Malaysians’ kekal sebagai Melayu, Cina dan India,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahathir beberapa hari lalu menegaskan partinya tidak boleh membenarkan logo mereka diguna pakai DAP supaya PPBM kekal dilihat sebagai parti Melayu.

Kata Mahathir, partinya perlu kekal sebagai parti Melayu untuk raih sokongan pengundi Melayu kerana Pakatan Harapan akan tempang pada PRU14 tanpa sokongan pengundi Melayu.

DAP sebuah parti politik yang memperjuangkan fahaman sekular dan liberal mengetengahkan ideologi ‘Malaysians Malaysia’ sejak berpuluh tahun lalu.

‘Malaysians Malaysia’ antara lain bermaksud hak sama rata untuk setiap kaum dan agama di negara ini atas nama keadilan.

Catatan di internet pernah menyebut konsep ‘Malaysian Malaysia’ merupakan agenda politik untuk menentang dasar etnik pada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Sebilangan tokoh Melayu zaman lampau berpandangan ‘Malaysian Malaysia’ konsep yang secara tidak langsung bakal menghapuskan hak-hak istimewa Melayu atas dasar sama rata.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment