PM Tegur Struktur Baharu Pakatan Pembangkang Sebagai Lucu

Share on Google Plus




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan struktur kepimpinan pembangkang yang terbaru diumumkan sebagai melucukan, kerana ia umpama program untuk memberi ruang kepada pesara politik yang lanjut usia kembali bekerja semula.

Beliau berkata adalah sesuatu yang sinis dan mengelirukan juga apabila ada tiga pemimpin dalam struktur itu tetapi tidak jelas siapa dalam kalangan mereka yang mempunyai kuasa eksekutif, dan Dap pula sengaja tidak menonjolkan diri, walaupun parti itu yang sebenarnya menguasai pembangkang kerana memegang majoriti kerusi Parlimen.

“Untuk calon perdana menteri mereka, pembangkang nampak sangat terdesak apabila mereka cuba menanam kepercayaan rakyat bahawa individu itu ialah seorang yang berusia lebih 90 tahun, yang bukan merupakan anggota Parlimen dan partinya hanya mempunyai satu kerusi!

“Tapi kebenaranyanya ialah dalam sistem demokrasi, nombor tidak menipu, dan Dap tetap setakat ini merupakan parti paling dominan dalam barisan pembangkang,” katanya semasa menyampaikan ucaptama di Invest Malaysia 2017 di sini.

Najib berkata pemimpin Dap sejak separuh abad dulu, kini berselindung di belakang lelaki yang telah memenjara beliau, dan cuba memperdaya orang Melayu untuk menganggap bekas pemimpin negara itu merupakan calon sementara perdana menteri.

Pada 14 Julai lepas, pakatan pembangkang yang dinamakan Pakatan Harapan mengumumkan struktur baharu kepimpinan mereka dengan menamakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Najib juga berkata kata-kata pembangkang tidak boleh dipercayai sambil memberikan contoh kenyataan terbaru seorang anggota parti itu yang mempersoal kuota haji untuk Malaysia.

“Baru-baru ini seorang anggota utama parti itu berkata jika benar Malaysia mempunyai hubungan yang amat baik dengan Arab Saudi, kenapa kuota haji tidak dinaikkan? Pada hal kuota sudah dinaikkan, sebanyak dua kali tahun ini, daripada 22,230 kepada 27,900 dan kemudian ditambah kepada 30,200,” katanya.

Beliau berkata itu satu lagi contoh manfaat daripada dasar kerajaan kepada rakyat – dalam hal ini hasil daripada dasar luar Malaysia mempererat hubungan di luar negara – berbanding jika negara berdendam berdekad lamanya seperti yang dilakukan oleh seorang pemimpin negara.

Najib berkata rakyat bagaimanpun tidak akan mendengar akan manfaat sebenar yang mereka peroleh daripada penglibatan Malaysia dengan Arab Saudi, China, India atau mana- mana jua negara daripada pembangiknag.

“Malahan mereka sengaja berbohong mengenainya seperti penipuan yang mereka lakukan tentang ekonomi hingga menimbulkan ketakutan rakyat kononnya akan berlaku bencana ekonomi di Malaysia.

“Hakikatnya juga wujud kempen bersepadu untuk menghantar maklumat yang salah ke luar negara bertujuan bagi merosakkan ekonomi Malaysia atas kepentingan kepimpinan politik masing-masing.

“Jadi jika anda menerima pakatan kecaman seperti itu, atau jika anda terbaca dalam mana-mana penerbitan yang tidak mengesahkan fakta itu, harap berwaspada. Ini tidak adil bagi rakyat Malaysia dan tidak adil juga kepada komuniti perniagaan di dalam dan luar negara,” tegas beliau.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamza turut hadir pada majlis itu.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment