728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 10 July 2017

    Petai Sembuhkan Sakit? Pakar Perubatan Sanggah [VIDEO]





    Seorang pakar perubatan menyanggah dakwaan seorang lelaki yang mendakwa petai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit.

    Pakar perunding perubatan dan nefrologi berkata petai tidak menyembuhkan penyakit tetapi hanya menyebabkan kencing berbau, lapor Sinar Harian.

    “Kawalan kencing manis bukan dilihat dengan satu bacaan darah sahaja. Kami juga melihat bacaan HbA1C, purata kawalan selama tiga hingga empat bulan.

    “Kalau buah pinggang dah rosak macam kata pesakit dialisis dalam video ini, memang bacaan gula turun sebab insulin berada dalam badan lebih lama sebab tiada proses ‘breakdown’ oleh buah pinggang yang telah rosak,” kata Dr Rafidah Abdullah.




    Lelaki itu mendakwa penyakit buah pinggang, kencing manis dan gout yang dihidapinya kian sembuh dengan memakan beberapa butir petai setiap hari.

    Dakwaan dalam rakaman berdurasi kira-kira dua minit ditonton lebih 12,000 pengguna Facebook sejak kelmarin.

    Rafidah, timbalan pengerusi Persatuan Medical Tweet Malaysia itu juga mengingatkan dialisis tidak boleh dikurangkan sesuka hati kerana boleh beri kesan buruk.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Petai Sembuhkan Sakit? Pakar Perubatan Sanggah [VIDEO] Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top