Penularan Klip Video Solat Aidilfitri Berbaur Politik

Share on Google Plus




Pemangku Ketua Pemuda UMNO Semporna Ahmad Marzuki Nasir mengutuk tindakan pihak tertentu yang menularkan klip video menunjukkan beliau dan ayahnya Datuk Seri Nasir Tun Sakaran duduk bersebelahan dengan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika solat sunat Aidilfitri baru-baru ini.

Ahmad Marzuki berkata klip video berkenaan berbaur politik dan menganggap pihak yang menularkannya sudah kehilangan idea untuk memecahbelahkan perpaduan UMNO Semporna yang kini di bawah kepimpinan Datuk Seri Nasir.

“Pertuduhan sebegini menunjukkan sikap pihak tersebut yang tidak matang dan cuba melaga-lagakan hubungan kekeluargaan ahli-ahli UMNO Semporna. Saya harap masyarakat khususnya rakyat Semporna boleh membezakan antara soal ibadah dalam agama, hubungan kekeluargaan dan juga politik,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ahmad Marzuki berkata fitnah seperti itu tidak harus terjadi ketika umat Islam meraikan Aidilfitri dan menyambut kemenangan setelah berjaya melaksanakan rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadan.

Justeru Ahmad Marzuki memohon semua pengguna media sosial agar bersama-sama membanteras dan menolak penularan video fitnah yang tidak bertanggungjawab itu.

Katanya beliau juga amat menghargai usaha Pergerakan Pemuda UMNO Sabah di bawah pimpinan Yamani Hafez Musa yang bersama-sama menolak penularan fitnah tersebut sejak hari pertama disebarkan.

Ahmad Marzuki berkata saf kepimpinan Pemuda UMNO Semporna dan seluruh ahlinya tetap berdiri teguh di bawah kepimpinan Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Katanya Pemuda UMNO Semporna akan terus bekerja untuk rakyat demi memastikan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Semporna terus kekal di bawah Barisan Nasional.

Ahmad Marzuki menegaskan bahawa meskipun beliau ada hubungan kekeluargaan dengan Shafie namun amat jelas sejak memangku jawatan (Pemuda), kesetiaan saf kepimpinan UMNO Semporna tetap utuh dan tidak berbelah bagi kepada parti UMNO yang merupakan tunjang utama kerajaan Barisan Nasional.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment