728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 11 July 2017

    PenangPac Dikecam Berhubung Tayangan Gay Malam Esok





    Cubaan sebuah pusat teater Performing Arts Centre of Penang (Penangpac) menayangkan filem bertemakan gay malam esok mencetuskan kemarahan pelbagai pihak yang meluahkan rasa tidak puas hati menerusi laman sosial.

    Menurut laporan Penangpac akan menayangkan filem berjudul Lost In Paradise itu selama dua jam di Straights Quay Tanjung Tokong, di sini bermula pukul 8 malam esok.

    Filem tersebut itu mengisahkan percintaan tiga segi antara tiga lelaki dan berlatarbelakangkan sindiket pelacuran kaum sejenis di Ho Chi Minh.

    “Filem yang diberi jolokan nama ‘filem gay pertama di Vietnam’ oleh Agence France-Presse itu pernah menjadi tayangan pembuka di Festival Lesbian dan Gay di Hong Kong pada 2010.

    “Sebuah portal berita komuniti gay antarabangsa pernah mendedahkan filem ini banyak memuatkan babak lelaki kacak bertubuh sasa yang mendedahkan tubuh dalam posisi mengghairahkan untuk membangkitkan nafsu para penonton,” ujar laporan tersebut.

    Sementara itu seorang aktivis politik, Muhsin Lateef ketika dihubungi MassaTV berkata dia sama sekali tidak menyangka Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyokong gerakan LGBT.

    Muhsin turut memuatnaik keratan akhbar yang memaparkan laporan Penangpac menerima sumbangan sebanyak RM100,000 dari kerajaan negeri Pulau Pinang.

    Menurutnya beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merancang untuk mengadakan bantahan aman di Straights Quay Tanjung Tokong bagi membantah cubaan menayangkan filem itu.

    Seorang pembaca, Airul Nizam berkata, dia berasa bimbang masa hadapan generasi akan datang dan meminta rakyat menolak kepimpinan DAP Pulau Pinang yang disifatkannya sebagai sewenang-wenangnya meluluskan tayangan tersebut.

    “Selamatkan masa depan anak-anak kita, agama Islam dan kedaulatan Malaysia dengan #tolakDAP,” tulisnya.

    Tinjauan di laman web Penangpac pula mendapati, Penangpac telah menukar tontonan tersebut kepada filem bertajuk West Side Story.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: PenangPac Dikecam Berhubung Tayangan Gay Malam Esok Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top