Pemimpin DAP Bertubuh Gempal Paksa Saya Lakukan Seks Oral - Pelayan Wanita

Share on Google Plus




Seorang pemimpin DAP lelaki dari kawasan Parlimen Bukit Gelugor didakwa telah memaksa seorang wanita melakukan seks oral didalam sebuah kereta di lot meletakkan kenderaan di Lebuh Pantai, George Town.

Dakwaan berkenaan timbul selepas sebuah posting berkaitan kes berkenaan menjadi viral di laman sosial Facebook dimana ahli politik tersebut dikatakan mengambil kesempatan terhadap wanita berkenaan yang juga seorang pelayan.

Kejadian berlaku di sebuah tempat meletakkan kenderaan di Lebuh Pantai, George Town sekitar jam 11.30 malam, 6 Julai baru-baru ini.

Menurut fakta diberikan, wanita tersebut mengekori suspek yang merupkan pembantu kepada ADUN DAP Pulau Pinang selama dua penggal ke kenderaannya sebelum dipeluk setelah mereka berdua memasuki kereta.

Lelaki yang berada dalam keadaan mabuk juga telah mencium mangsa beberapa kali sebelum memaksa mangsa melakukan seks oral.

"Dia (suspek) juga didakwa memasukkan tangan kirinya ke dalam seluar dalam mangsa dan menyentuh bahagian sulit menggunakan jari.

"Mangsa melaporkan bahawa beliau berasa takut dengan tindakan seksual ahli DAP itu dan menolaknya.

"Pelayan tersebut kemudiannya bergelut dan cuba untuk melepaskan diri namun ahli DAP tersebut, yang bertubuh besar dan berat berjaya merangkulnya.

"Ahli DAP berkenaan membuka zip seluarnya, mengeluarkan zakarnya dan mengarahkan pelayan berkenaan melakukan seks oral," dakwa mangsa yang membuat laporan polis pada keesokan harinya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan namun enggan mendedahkan samaada individu berkenaan adalah ahli DAP

Ujarnya, kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.

"Suspek akan dipanggil untuk memberi keterangannya hari ini," kata Anuar menerusi aplikasi WhatsApp.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment