Pembantu Khas ADUN DAP Ditahan Polis Kerana Mencabul Gadis

Share on Google Plus




Seorang lelaki yang didakwa sebagai pembantu khas kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP negeri ini ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kes seorang wanita didakwa dicabul pada Khamis lalu.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, ketika ini suspek berusia dalam lingkungan 40-an itu sedang menjalani ujian air kencing.


Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


“Suspek juga akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah,” katanya di sini hari ini.


Pada 6 Julai lalu, seorang pelajar kolej swasta berusia 21 tahun membuat laporan polis selepas didakwa dicabul ketika berada dalam sebuah kereta bersama suspek di Jalan Lebuh Pantai di sini.


Menurut laporan yang dibuat, mangsa turut mendakwa suspek melakukan onani dalam kereta berkenaan selain menawarkan sejumlah wang untuk tidur bersamanya. – UTUSAN ONLINE


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment