PAN Diperguna DAP Untuk Hasut Melayu

Share on Google Plus





Balaci DAP iaitu PAN sedang dalam krisis keyakinan terhadap peranannya dalam siasah politik negara. PAN  sudah tidak tahu apakah  matlamat penubuhan parti tersebut, adakah hanya  semata mata untuk menjadi balaci DAP?

Sehingga kini ramai melihat kehadiran PAN tak ubah seperti melukut ditepi gantang sahaja. Apabila diperlukan oleh DAP maka PAN akan digunakan  pada isu berkaitan dengan penolakan Islam oleh DAP. Mengambil peranan sebagai penghasut bangsa Melayu  untuk membenci Melayu.

Ustaz-ustaz dan lebai-lebai yang berada didalam PAN selama ini dilatih untuk berhujah menggunakan lojik dan retorik mereka tanpa rasa peduli dan memahami ranah politik demokrasi sekular yang bersimpang siur ini.

Apabila hujah-hujah politik mereka gagal menyakinkan masyarakat, mereka mula merasa terancam. Mereka merasa kedudukan DAP juga akan terancam,  mereka juga merasakan sokongan terhadap matlamat DAP juga akan  terancam dan kepentingan bangsa chauvanis juga terancam.

Perasaan terancam ini bukan kerana politik sekular yang mereka perjuangkan tetap ianya lebih kepada agenda DAP yang mahukan kuasa untuk memijak Melayu dengan sokongan PAN juga akan terancam.

Rakyat melihat tiada apa yang boleh dibanggakan oleh PAN. Mereka tidak mempunyai kekuatan dan tidak mampu menawarkan penyelesaian politik dasar kepada satu bangsa yang sedang berkembang daya fikiranya.

PAN juga tidak mampu untuk memecahkan sokongan Melayu yang melihat DAP bukan sebuah parti yang boleh diharapkan. Bagi pemimpin PAN mereka melihat DAP adalah segalanya bagi mereka dan  apa yang penting imbuhan mengkhianati bangsa  sendiri tetap juga mereka terima.

Bermakna, ini bukan masalah kelemahan Islam, kelemahan Melayu atau kejahatan orang kafir, sebaliknya ini adalah masalah ketidakmampuan intelek lebai-lebai PAN untuk menghadam perkembangan politik semasa.

Kita melihat bagaimana lebai-lebai PAN ini merasakan dengan gaya Islam PAN yang amat liberal sehingga tidak mampu membuka mulut untuk bersuara menentang agenda Pluralisme, kesamarataan , LGBT, Penghinaan Islam  yang dilakukan DAP.

Semua pemimpin PAN hanya mampu mendiamkan diri dan ketakutan kepada pihak DAP. Mereka menentang pihak yang mendaulatkan Islam. Sokongan mereka hanya terhadap perkara yang menyalahi hukum Islam.

Sebagai contoh, suatu waktu dulu kita dapat lihat bagaimana Galileo Galilei membuktikan teori bahawa dunia ini bulat telah dikecam hebat di tengah-tengah hujah paderi gereja yang menyatakan Galileo ini murtad dengan teori beliau itu.

Galileo membuktikan dengan berlayar naik kapal dan mencipta teleskop untuk melihat ruang angkasa. Berbanding hujah paderi-paderi ketika itu hanya dengan bersandarkan ayat-ayat anak Tuhan tanpa membuat penyelidikan sebagai proses memahami wahyu Tuhan.

Begitu juga dengan pemimpin PAN yang disokong oleh NGO NGO yang moderate menyanggah dimana semuanya dibuat melalui teori dan logik akal semata-mata dan  sehingga kewujudan Tuhan itu pun dipertikaikan.

Jika kewujudan Allah itu sudah dipertikaikan apakah maknanya pada perkara yang melibatkan hubungan sejenis, LGBT, Lesbian, Gay,  dan lain lainnya. Sudah pasti ianya dihalalkan dengan mengatakan itu adalah hak-hak individu dan  ianya tidak ada halangan.

Di dunia Islam begitu juga, kita mengetahui bagaimana ramainya tokoh-tokoh ilmuwan Islam meneroka bumi hingga boleh mencipta jalan dan peta dunia seperti Ibnu Batutta. Mereka bukan sekadar menggunakan ayat-ayat Tuhan untuk memahami alam dan berdakwah, sebaliknya turun padang dan mengkaji dan memahami semua itu untuk merungkai masalah dan rahsia alam.

Hari ini, perkara tersebut sedang berlaku dalam PAN sepertimana yang berlaku di gereja-gereja di zaman gelap (Dark Ages). Pemimpin PAN  enggan turun, lihat, memahami dan berbincang tentang masalah rakyat, masalah korupsi, penggunaan dana Awam secara rakus oleh DAP sebagai menyahut seruan untuk menyelesaikan  masalah rakyat.

Sebaliknya, lebai-lebai PAN ini seronok beretorik dengan bermain dengan ayat-ayat Liberral untuk membuktikan mereka ada penyelesaian yang sangat mudah. Ayat-ayat Tuhan juga digunakan untuk menutup ketidakyakinan mereka pada diri mereka pada masa yang sama, dapat membendung kritikan rakyat kepada mereka.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment