728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 27 July 2017

    PABM Angkat Bahasa Melayu Bertaraf Dunia – PM




    Hasrat negara untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa semakin menjadi kenyataan apabila setiap tahun Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM 2017) Piala Perdana Menteri berjaya meraih penyertaan yang sangat menggalakan.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata PABM merupakan satu platform yang amat tepat ke arah mencapai matlamat mengantarabangsakan Bahasa Melayu agar terus kekal relevan dan berdaya maju.

    “Ketika 2011, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu hanya disertai 24 peserta yang mengambil bahagian dari seluruh dunia.

    “Tetapi pada tahun ini, seramai 53 peserta dari 36 buah negara menyertainya. Jadi tidak hairanlah jika kini Bahasa Melayu merupakan bahasa kelima terbesar di dunia.

    “Saya yakin bahawa Bahasa Melayu  boleh menjadi bahasa perhubungan antarabangsa,” katanya ketika berucap dalam perasmiann PABM 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.

    Tambahnya, Bahasa Melayu juga akan dijadikan subjek yang wajib diambil oleh pelajar-pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian di Malaysia.

    “Bahasa Melayu akan dijadikan subjek wajib diambil kerana kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan utama dalam sistem pendidikan di Malaysia.

    “Pengusaan Bahasa Melayu akan terus dijadikan wahana perpaduan negara agar Bahasa Melayu lebuh tersusun dan inklusif,” katanya yang turut mengharapkan Bahasa Melayu tidak mengikut trend masakini yang kian menghakiskan martabat Bahasa Melayu.

    PABM 2017 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri dengan disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

    Acara tahunan kali ke-11 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) dan Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) ini membawa tema “Pengantaraan Bahasa Melayu” berpadanan dengan konsep memartabatkan Bahasa Melayu di mata dunia. – MYNEWSHUB.CC







    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: PABM Angkat Bahasa Melayu Bertaraf Dunia – PM Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top