728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 3 July 2017

    No Plat AKU 8055 Paling Laris




    Nombor pendaftaraan kenderaan AKU 8055 dijangka mendapat permintaan tertinggi selepas bidaan untuk nombor itu dibuka tepat jam 8 pagi hari ini.

    Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd Zawawi Zakaria berkata, pertanyaan untuk nombot plat AKU 8055 ini telah diterima sejak tahun lalu kerana sebutannya menyamai AKU BOSS.

    “Selain AKU 8055, nombor pendaftaran yang hampir sama dengan sebutan AKU BOSS seperti AKU 805 dan AKU 1305 dijangka akan mendapat permintaan tertinggi sepanjang tempoh dua minggu bidaan dibuka,” katanya pada sidang media di JPJ Perak, pagi tadi.

    Menurutnya, setakat ini selebriti tanah air, bintang sukan serta pengasas kosmetik terkemuka antara individu yang membuat bidaan untuk nombor plat tersebut.

    “Orang ramai yang ingin membuat bidaan nombor terbabit boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang http://www.jpj.gov.my atau datang sendiri ke pejabat JPJ,” ujarnya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: No Plat AKU 8055 Paling Laris Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top