728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 17 July 2017

    Nenek 80 Tahun Cabul Remaja Berusia 13 Tahun




    PALEMBANG – INDONESIA. Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun didakwa menjadi mangsa pencabulan oleh seorang nenek yang berusia 80 tahun.

    Memetik laporan media tempatan Indonesia melaporkan, pihak polis telah menerima laporan daripada keluarga mangsa.

    Di fahamkan, polis kini masih menyiasat secara terperinci berhubung dakwaan ini.

    Menurut laporan Liputan 6, menyatakan bahawa perbuatan nenek itu yang kerap kali mencabul remaja berkenaan membuatkan mangsa kini mengalami trauma yang dahsyat.

    Sementara itu, ibu mangsa meluahkan rasa kesal terhadap apa yang terjadi ke atas anaknya.

    “Anak saya masih kecil, tapi sanggup dia lakukan sebegitu ke atasnya, saya tidak boleh terima,” ujar Rohana, 33.

    Justeru Rohana berharap agar polis dapat bertindak dengan sewajarnya.

    “Saya mengetahui kejadian itu selepas mendengar cerita daripada anak saya, dia dipaksa melakukan hubungan badan dengan nenek itu,” katanya yang mendakwa anaknya menceritakan bahawa kejadian itu berlaku pada Khamis lalu, sekitar jam 10 malam di rumah nenek berkenaan di Jalan Gotong Royong, Kelurahan Demang Lebar Daun, Kecamatan IB I Palembang.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Nenek 80 Tahun Cabul Remaja Berusia 13 Tahun Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top