728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 10 July 2017

    Najib Catat Sejarah, Lebih 70 Ribu Orang Kunjung Rumah Terbuka





    PEKAN – Lebih 70,000 pengunjung membanjiri kawasan Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini bagi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri 2017 semalam.

    Orang ramai berpusu-pusu hadir ke majlis itu seawal pukul 8 pagi, dua jam lebih awal daripada masa majlis bermula dan berakhir kira-kira pukul 3 petang.

    Rakyat terdiri daripada pelbagai kaum bukan hanya datang dari sekitar Pekan dan Kuantan malah ada yang datang dari negeri lain sekali gus menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada majlis tersebut kira-kira pukul 10.30 pagi.

    Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat ke majlis itu dengan diiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Najib Catat Sejarah, Lebih 70 Ribu Orang Kunjung Rumah Terbuka Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top