Mukhriz Perlu Bersumpah, Jika Benar Tidak Berminat Atau Teringin Untuk Menjadi Perdana Menteri

Share on Google Plus




Datuk Seri Mukhriz Mahathir, anak kepada Pengerusi Bersatu Tun Mahathir Mohamad perlu beri penjelasan dan bersumpah bahawa beliau tidak berminat langsung untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) menang pada mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan berkata sumber dari parti Bersatu ada beritahu bahawa Mahathir ada perancangan untuk meletakkan Mukhriz dalam kedudukan yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri pada satu hari nanti.

Pada 17 Ogos 2016, Mukhriz menafikan penglibatannya dalam arena politik negara hanya untuk mencapai cita-cita untuk jadi Perdana Menteri adalah fitnah.

Dua hari sebelum itu, bekas Pegawai Khas Politik Mukhriz, Haris Che Mat dalam satu sidang media berkata tindakan Mahathir mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sebahagian daripada perancangan untuk jadikan Mukhriz Perdana Menteri.

Ramesh berkata, perancangan itu berjalan ketika Mukhriz dan Mahathir di dalam UMNO dan usaha itu berterusan sehingga di dalam Pakatan Harapan (PH) pembangkang.

"Kalau benar-benar Mukhriz tidak mahu jadi PM, dia perlu bersumpah di depan rakyat menyatakan bahawa dia benar-benar tidak mahu jadi Perdana Menteri atau pernah teringin untuk pegang jawatan itu.

"Jangan berdiam diri dan biarkan andaian serta spekulasi bertebaran di media sosial dan dalam kalangan pemerhati politik," katanya.

Dalam kenyataan sama, Ramesh juga mendesak Mukhriz supaya memberikan reaksi beliau apabila bapanya, Mahathir sudah menerima untuk melantik Anwar menjadi Perdana Menteri jika PH menang.

"Sampai sekarang Mukhriz tidak beri kenyataan berkenaan temubual bapanya dengan The Guardian yang beri restu untuk Anwar jadi Perdana Menteri.

"Kita minta Mukhriz jawab, bersumpah dan beri kenyataan berkenaan perkara ini," kata Ramesh.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment