MRT Penanda Aras Perancangan Masa Depan Pengangkutan Awam

Share on Google Plus




Sistem Transit Aliran Massa (MRT) menjadi penanda aras bagi semua perancangan masa depan pengangkutan awam yang mengambil kira keperluan kesalinghubungan serta peningkatan mutu kehidupan rakyat di negara ini.  

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah berkata kerajaan menjalankan pelbagai inisiatif di bawah Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara sejak enam tahun lepas bagi mentransformasikan penggunaan pengangkutan awam darat, yang menyumbang kepada peningkatan jumlah penumpang harian kepada 1.1 juta hari ini.

"Tahun 2016 menyaksikan rangkaian pengangkutan awam darat 'Greater KL/Lembah Klang’ yang menerima pertambahan kapasiti ketara dengan pembinaan sambungan Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan pembukaan Fasa 1 MRT laluan Sungai Bulong-Kajang (SBK) merangkumi 12 stesen.
“Pelaksanaan penuh Fasa 2 MRT laluan SBK pada 17 Julai lepas yang menyambung laluan dari Semantan ke Kajang mampu menampung 400,000 penumpang harian selain menyumbang kepada peningkatan jumlah penumpang ke arah mencapai perkongsian mod 40 peratus pada 2030,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Beliau berkata perkhidmatan MRT secara keseluruhannya mempunyai anggaran masa perjalanan selama 84 minit (dari hujung ke hujung) dengan kekerapan 3.5 minit pada waktu puncak pada jarak laluan sejauh 51 kilometer (km).

“Perkhidmatan ini menyatupadukan tujuh stesen rel sedia ada serta berupaya menjimatkan masa perjalanan pengguna,” katanya.

Perkhidmatan itu menawarkan 14 stesen dilengkapi kemudahan parkir bagi memudahkan pengguna meletakkan kenderaan bagi menggunakan perkhidmatan MRT selain dilengkapi dengan 300 bas perantara yang beroperasi dalam lingkungan jarak antara 5 hingga 7km daripada laluan MRT.

Mohd Azharuddin berkata projek MRT Laluan 2:Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dan LRT Laluan 3 (LRT 3):Bandar Utama-Johan Setia pula dijangka memberi peluang kepada pembangunan berorientasikan transit (TOD).

“Projek TOD akan membantu kerajaan mendapat pulangan kepada pelaburan besar yang disalurkan bagi meningkatkan perkhidmatan rel dalam bandar yang bertujuan memenuhi keperluan pertumbuhan jangka masa panjang 'Greater KL/Lembah Klang',” katanya.

-- BERNAMA


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment