728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 6 July 2017

    Malaysia Dalam Kelompok Tiga Terbaik Dunia Di Belakang AS





    Dengan pelbagai cabaran dan impak dalam penggunaan teknologi maklumat pada masa kini, Malaysia berjaya menduduki tangga ketiga dunia dalam senarai Indeks Keselamatan Siber Global (Global Cybersecurity Index – GCI), menurut kajian yang dilaksanakan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Dalam laporan yang didedahkan pada Rabu (5 Julai), Malaysia berada di belakang negara maju iaitu Amerika Syarikat (AS) di tangga kedua, sementara Singapura di kedudukan pertama sebagai negara yang paling hampir sempurna terhadap keselamatan siber.

    Sementara di Asia Pasifik, kedudukan tersebut meletakkan Malaysia di tangga kedua, manakala Singapura kekal di tangga paling atas.

    Menurut Washington Times, kajian tersebut melibatkan 193 negara anggota ITU – yang mengambil kira lima aspek utama iaitu perundangan, teknikal, organisasi, pembangunan keupayaan dan kerjasama di peringkat antarabangsa.

    Sebagai pendahulu, Singapura memperoleh skor keseluruhan sebanyak 0.92, mengalahkan AS yang berada di ranking kedua dengan skor sebanyak 0.91.

    AS menerima markah yang lebih tinggi atau hampir sama dengan Singapura – dalam empat daripada lima kategori, tetapi memperolehi skor yang teruk dalam aspek kerjasama.

    Sementara Malaysia berada di ranking ketiga dunia dari segi komitmen yang diberikan terhadap keselamatan siber.

    Menurut ITU, kemewahan mendorong jenayah siber, tetapi ia tidak secara langsung menjurus kepada keselamatan siber.

    Oleh itu, pemerintah harus memastikan pihaknya berada dalam keadaan bersiap sedia, lapor Reuters.

    "Masih terdapat jurang yang ketara di kalangan negara dari segi tahap kesedaran, pemahaman, pengetahuan dan juga ruang untuk memanfaatkan strategi, keupayaan dan program yang wajar,” demikian menurut kajian itu.

    Kajian tersebut menambah, meskipun AS menduduki tangga kedua, namun banyak negara yang menerima rating tinggi adalah melibatkan negara ekonomi kecil atau sedang membangun.

    Negara-negara di tangga 10 teratas adalah Malaysia, Oman, Estonia, Mauritius, Australia, Georgia, Perancis dan Kanada.

    Rusia berada di kedudukan ke-11, India pula mendapat tempat ke-25, iaitu satu tangga di hadapan Jerman, sementara China menduduki tangga ke-34.

    Di peringkat negara, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) begitu komited menanggani jenayah siber.

    Pada Jun lalu Bernama melaporkan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan membentangkan akta khusus dalam usaha mengekang jenayah siber pada sidang Parlimen akan datang.

    Draf akta itu telah diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

    - mD

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Malaysia Dalam Kelompok Tiga Terbaik Dunia Di Belakang AS Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top