Mahathir Mohamad Semakin Berserabut....

Share on Google Plus




Berdolak-dalik Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila bercakap tentang isu pecat bekas timbalannya dahulu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Kepada pihak asing beliau cakap lain dan nadanya pula berbeza apabila mengeluarkan kenyataan untuk tatapan rakyat negara ini.

Inilah gaya politik `Machiavelli’ Dr. Mahathir yang sanggup buat apa sahaja demi mencapai matlamatnya.

Ketika menjawab soalan dalam sesi Facebook secara langsung daripada pengerusi Kumpulan Multimedia Thailand, Suthichai Yoon, Dr. Mahathir memberitahu, keputusan pemecatan Anwar adalah   'mengikut situasi ketika itu'.

Boleh pula begitu Tun? Bukankah  dalam sidang akhbar pada 22 September 1998, anda mendakwa Anwar terbabit dalam perlakuan luar tabii dan tidak layak menjadi pemimpin negara.

Pusing macam mana pun termasuklah melalui kenyataan kepada akhbar Britain, The Guardian tempoh hari yang mana Dr. Mahathir mendakwa  Anwar `mangsa dendam politik’ dan `diperlakukan secara tidak adil’, akhirnya yang menjadi asasnya ialah Anwar tidak boleh mengatasi undang-undang yang mengheretnya ke penjara.

Anwar dipenjarakan setelah didapati bersalah oleh sembilan orang hakim di mahkamah di Malaysia kerana meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan dalam perbicaraan yang adil dengan segala bukti sahih ditunjukkan yang mengambil masa sembilan tahun.

Bukankah seluruh rakyat Malaysia telah mengikuti perbicaraan mahkamah yang memakan masa lama hanya kerana mahu memberi keadilan maksimum dan memuaskan hati serta kehendak pembangkang sendiri?

Tidak perlu pergi jauh. Kalaulah Saiful Bukhari itu anak kita atau anak kepada Dr. Mahathir, apa perasaan yang ditanggung.

Saiful Bukhari dinafikan hak secara total dalam kes dia diliwat oleh Anwar hanya semata-mata kerana pihak-pihak yang jumud berkenaan mahu membela orang berkepentingan dan kaya raya seperti Anwar. Anwar telah dihukum kerana jenayah luar tabiinya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah meliwat  Saiful pada  Jun 2008. Ketika prosiding berlangsung, Anwar juga gagal membuktikan bahawa pertuduhan ke atasnya sebagai konspirasi politik.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan kes liwat itu, dengan tegas berani melafazkan sumpah di masjid atau di tanah suci Mekah berhubung kes itu kerana yakin Anwar  sememangnya bersalah.

Katanya, tidak timbul isu  `menganiayai’ Anwar semasa mengemukakan petisyen rayuan supaya Anwar   disabitkan hukuman mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan beberapa tahun lalu.

Kata Muhammad Shafee dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar tempatan sebelum ini:

”Kalaulah saya aniaya Anwar, tidak payah tunggu saya mati masuk neraka. Di sini, di dunia saya sudah masuk neraka. Kalau tidak jadi kepada saya, mungkin jadi kepada anak atau keluarga saya.

"Saya berani bersumpah di masjid atau di Mekah apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah,"


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment