'Mahathir Khianati Saya,' Kata Tunku Abdul Rahman

Share on Google Plus



MUKADIMAH – Berikut luahan hati Perdana Menteri pertama yang juga Bapa Kemerdekaan negara, Allahyarham Tunku Abdul Rahman terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad, seperti memetik Utusan.

Krisis hubungan antara Tunku dan Dr. Mahathir yang sebelum itu adalah rahsia, terdedah apabila surat yang ditulis oleh Dr. Mahathir kepada Tunku sekitar pertengahan 1969 tersebar luas dalam kalangan rakyat.

Bagi Tunku sendiri, surat Dr. Mahathir kepadanya itu telah memusnahkan seluruh pengorbanannya terhadap bangsa dan negara selama 17 tahun.

TUNKU ABDUL RAHMAN

Seorang daripada itu ialah Mahathir sendiri, dia buat satu surat kepada saya. Tapi diedar beratus ribu salinannya kepada semua orang. Er… tentera-tentera, polis, orang-orang kebanyakan ni, diedarkan. Dan dimaki saya dalam itu dengan berbagai-bagai perkataan.

Saya ini dibenci oleh semua orang Melayu, dibenci oleh pegawai-pegawai kerajaan, dibenci oleh askar Melayu, dibenci oleh polis dan sebagainya. Di sini nampaknya nak, caranya, tujuannya nak bagi orang semua-semua benci kepada saya. Buang saya dan ubahkan penmerintahan Malaya ini.

Dia kata saya ini pro-Cina, saya berjuang begitu lama, begitu susah, dan begitu payah, susah-payah, adakah dengan untuk mengangkatkan Cina? Ini semua untuk nak bagi tempat dalam negeri ini kepada orang Melayu.

Itu tujuan saya yang berjuang ini. Dia kata saya pro-Cina, saya buat itu bagi Cina, macam-macamlah dia kata. Jadi ditunjuk di situ khianatnya.

Dr. Ismail masa itu dia jadi Pengerusi Guthrie. Dia berhenti. Tapi apabila dia dengar kejadian itu, dia letakkan jawatan Guthrie, pengerusi. Masuk balik dan saya angkat dia jadi, apa nama…Menteri Dalam Negeri. Jadi dialah ambil tindakan atas Mahathir ni.

Tapi tak adalah buat apa-apa, Cuma pecat daripada UMNO sahaja. Kalau dia (Mahathir) sendiri, tentu dia buat macam sekarang ini, bubuh dalam penjara. Masuk tahan orang itu, tahan orang ini. Tahan suratkhabar-suratkhabar.”


TUNKU ABDUL RAHMAN

Perdana Menteri pertama/Bapa Kemerdekaan Negara


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment