728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 11 July 2017

    Lelaki ‘Disekolahkan’ Oleh Wanita Yang Cuba Dipikat Dalam Media Sosial





    Kegembiraan dan keterujaan adalah teori terbaik jika anda diajak keluar oleh seseorang. Namun, apabila anda telah bahagia berkahwin dan telah diajak oleh seseorang yang juga telah berkahwin itu akan menjadi sesuatu yang kurang menyeronokkan.

    Terutama sekali jika mereka tidak memperdulikan jika anda sedang bahagia dengan pasangan anda dan tambahan pula mereka tidak menyukai perkahwinan yang dimiliki oleh mereka.

    Ini berlaku kepada seorang wanita dan lelaki yang sedang menikmati perbualan menarik mengenai politik di Facebook sebelum lelaki itu cuba untuk mengajak wanita itu keluar bersama dengannya.

    Namun apabila wanita itu menyatakan yang dia telah berkahwin, lelaki itu juga mengakui dia juga sudah berkahwin dan mengatakan mereka tidak perlu memberitahu pasangan masing-masing yang akan membuatkan pertemuan itu lebih menarik.

    Memikirkan bahawa tindakan lelaki yang menggunakan gambar profil menunjukkan salah seorang dari anaknya semakin keterlaluan, wanita itu telah memberi jawapan diantara kejam dan baik hati kepada lelaki itu.

    “Apabila saya dikesan menghidap kanser pada tahun lepas, saya tidak sampai hati untuk memberitahu anak-anak (yang saya selalu lindungi) yang saya akan mati.”

    “Suami saya yang terpaksa melihat ke mata dan beritahu yang saya sakit.  Dia berterusan menjaga saya sepanjang saya menjalani pelbagai pembedahan, mengosongkan kantung saliran, memberikan saya suntikan, memegang tangan saya sewaktu saya sakit dan pergi membuat rawatan kimoterapi.”

    “Waktu ini ada satu lirik lagu yang sering bermain dalam kepala saya ‘cinta adalah melihat orang lain mati’. Jadi soalan saya pada awak ialah.. Siapa yang akan melihat awak mati?”

    “Kembali ke rumah awak dan berhenti menghantar pesanan kepada saya.”

    Wow! Ini boleh menjadi pengajaran kepada orang yang berniat untuk curang dengan pasangan mereka.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Lelaki ‘Disekolahkan’ Oleh Wanita Yang Cuba Dipikat Dalam Media Sosial Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top