Lebih 5,000 Ikuti Program Khas Haji Perdana Menteri - Najib

Share on Google Plus



Penajaan Program Khas Haji Perdana Menteri yang diperkenalkan sejak tujuh tahun lalu telah membolehkan lebih 5,000 jemaah menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Walaupun dah mencapai matlamat, kita akan teruskan program ini, semoga lebih ramai dapat menunaikan Rukun Islam kelima ini, Insya-Allah," kata Najib menerusi catatan Facebook beliau, hari ini.

Perdana Menteri turut melahirkan rasa syukur apabila impian kerajaan untuk membawa ramai pemimpin di peringkat akar umbi untuk menunaikan ibadah haji telah tercapai.

Golongan akar umbi ini seperti imam, bilal, kakitangan kerajaan, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pesara guru telah banyak menyumbang kepada masyarakat tetapi kurang berkemampuan, katanya.

Bagi Program Khas Haji Perdana Menteri 2017, seramai 1,100 orang dari seluruh negara berpeluang menunaikan ibadah haji musim ini.

Mengikut rekod, seramai 111 orang pada 2011 dan 400 orang (2012), 776 orang (2013), 984 orang (2014), 1,181 orang (2015) dan 1,090 orang pada 2016 berpeluang menunaikan ibadah haji menerusi program berkenaan.

-- BERNAMA


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment