728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 11 July 2017

    ‘Kita Hendak Mewah Sampai Mana?’ - Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary




    Tan Sri Syed Mokhtar Albukary yang sememangnya mengamalkan hidup secara humble dan tidak menunjuk-nunjuk. Walaupun dia tak pernah menunjuk harga baju yang dibeli, kereta yang dibeli namun satu Malaysia tahu bahawa beliau ada seorang jutawan.

    “Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York, dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tetap kita hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?”

    Demikian apa yang dikatakan oleh beliau apabila ramai orang yang berbicara tentang dirinya yang tidak menunjuk gaya kemewahan dan perbelanjaannya kepada umum. Beliau seorang jutawan yang sangat disegani kerana tidak seperti jutawan lain yang gemar menunjukkan aset kemewahan masing masing.

    “Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status, ada masa di atas, ada masa di bawah, Kita tidak boleh mengagung agungkan diri kita sangat”

    Beliau juga berpendapat sebagai orang Melayu, kita perlu menjalani kehidupan yang fleksibel di mana adanya naik dan turun Jangan terlalu terikut ikut dengan lifestyle yang bermewah mewah.

    “Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana mana”, ujarnya.

    Tan Sri Syed Mokhtar juga berkata beliau tidak gemar bermain golf kerana baginya permainan itu memakan banyak masa. Namun, bermain atau tidak bukanlah kayu pengukur untuk menunjukkan seseorang itu bagus atau tidak.

    Kalau semua jutawan dalam Malaysia seperti Tan Sri Syed Mohktar kan bagus. Kalau ada yang tidak tahu, beliau pernah membina satu rumah yang diberi nama Yayasan al-Bukhari khusus untuk golongan miskin dan duduk disitu secara percuma.

    Sumber: KisahDunia.com

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: ‘Kita Hendak Mewah Sampai Mana?’ - Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top