728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 3 July 2017

    Kilang Mercun Terbakar Sukar Dipadam...




    Ketiadaan akses kepada sumber air yang berterusan merupakan punca utama kebakaran kilang yang dipercayai menyimpan mercun di Kawasan Perindustrian Saleng di Senai, tidak dapat dikawal dengan segera.

    Walaubagaimanapun, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Mohd Rizal Buang berkata, langkah pencegahan yang dilakukan oleh anggotanya telah berjaya mengelak api daripada marak ke kilang-kilang lain.

    "Disebabkan kilang ini kilang haram, jadi ia tidak mempunyai pili air bomba dan sumber air yang tetap. Anggota dan aset kita terpaksa berulang alik mengisi tangki sejauh lima kilometer untuk mengawal kebakaran.

    "Kita juga terpaksa menggunakan sumber air terbuka seperti air sungai yang cetek dan air parit untuk memadam api. Alhamdulillah, tindakan pantas anggota kita telah berjaya mengekang api daripada merebak ke tujuh blok yang lain daripada lapan blok yang ada," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, Ahad.

    Katanya, ruang berkeluasan 371.6 meter persegi yang terbakar berjaya dikawal pada pukul 8.16 malam Ahad.

    Menurut beliau lagi, 90 peratus struktur bangunan kilang itu hangus dijilat api dan pihak bomba telah berjaya mengawal 60 peratus kebakaran sehingga kini.

    Rizal berkata, hasil pemerhatian pihaknya mendapati api marak dengan pantas berikutan bahan-bahan yang terbakar adalah bahan kitar semula yang terdiri daripada plastik selain beberapa bungkusan dipercayai berisi mercun.

    "Kita mendapati kilang ini menyimpan bahan-bahan kitar semula dan ketika operasi pemadaman dijalankan terdapat beberapa letupan mercun yang kita percaya disimpan di kilang ini.

    "Disebabkan bahan yang terbakar ini plastik dan bahan mercun, jadi kita terpaksa guna bantuan bahan buih daripada Balai Bomba Pasir Gudang dan buih ini perlu dicampur bersama air supaya ia berkesan, jadi memang kerja-kerja pemadaman mengambil masa," jelasnya.

    Sehingga kini, 30 anggota bomba daripada Balai Bomba Bandar Baru Kulai, Kulai, Skudai, Pasir Gudang dan Tebrau dikejarkan ke tempat kejadian selain bantuan daripada 30 anggota polis, 16 anggota pertahanan awam, 14 orang anggota bomba sukarela dari Kulai dan Senai serta dua anggota Tenaga Nasional Bhd bagi kerja-kerja pemotongan dawai.

    Selain itu, pihaknya juga menggunakan dua jentera tangki air dengan kapasiti 20,000 liter air setiap satu.

    Buat masa ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

    "Jumlah kerugian juga kita tidak dapat anggarkan kerana sehingga kini masih belum ada pihak yang tampil mengaku sebagai pemilik premis dan kita sedang berusaha mengenal pasti pemilik kilang ini," katanya.

    Dalam pada itu, saksi kejadian S. Rani, 45  berkata dia terdengar suara orang ramai yang menjerit sebelum mendengar beberapa bunyi letupan.

    "Lepas dengar suara orang menjerit, tiba-tiba bekalan elektrik di rumah terputus. Bila saya keluar rumah, saya nampak pekerja-pekerja yang tinggal di asrama belakang kilang berkenaan semuanya lari ketakutan.

    "Kilang ni memang kilang plastik kitar semula, pekerja di sini memang kebanyakannya warga asing tetapi saya pun baru tahu yang kilang ni ada mercun," katanya.

    Seorang lagi saksi, V. Rajanaidu, 28,  berkata dia yang tinggal di kawasan berhampiran hanya mengetahui   kejadian  selepas terbaca beberapa catatan mengenai kebakaran itu yang tular di media sosial.

    Rumahnya  yang terletak di Jalan Lapangan Terbang berdekatan dengan tempat kejadian dan dia sendiri boleh melihat asap tebal dari kawasan rumah.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Kilang Mercun Terbakar Sukar Dipadam... Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top