728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 13 July 2017

    Kerajaan Sekarang Lebih Demokratik, Tak Guna ISA




    Berbeza dengan pemimpin terdahulu kerajaan sekarang lebih demokratik dalam pentadbirannya dengan tidak sewenang-wenangnya memenjarakan musuh politik, tegas Datuk Seri Salleh Said Keruak.

    Menteri Komunikasi dan Multimedia itu membidas pihak yang mempertikaikan corak kerajaan yang diamalkan sekarang yang disifatkannya lebih terbuka dan demokratik, ia terbukti dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

    “Pertanyaannya, apakah pemerintah dahulu yang menahan lawan politiknya di bawah ISA itu demokratik, manakala kerajaan sekarang yang menghapuskan ISA sebagai tidak demokratik?

    “Kita perlu bersikap adil dalam menilai hal ini. Ini kerana kerajaan pada hari ini lebih demokratik dalam menjalankan tanggunjawabnya untuk negara,” kata Salleh dalam tulisan di blognya hari ini.

    Mengenai dakwaan mengatakan Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA) menyamai ISA, Salleh menjelaskan, perkara itu tidak benar sama sekali di mana ia sebenarnya lebih digunakan untuk mencegah jenayah dan mengawal keselamatan negara.

    “Bezanya ialah dahulu akta ini digunakan untuk mengekalkan kuasa kepimpinan pemerintah, tetapi sekarang ini, akta pencegahan ini digunakan untuk mengawal keselamatan negara.

    “SOSMA masih membenarkan andaian ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’, dan boleh dicabar di mahkamah, bukannya seperti ISA yang membolehkan seseorang ditahan tanpa bicara,” katanya.

    Salleh memberikan contoh kes penahanan dibawah SOSMA yang dibicarkan, iaitu pada 20 Mei 2013 selepas Mahkamah Tinggi telah memutuskan dalam kes penahanan Yazid Sufaat, Halimah Hussein dan Muhammad Hilmi Hasim bahawa Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan hanya terpakai bagi tindakan ancaman keselamatan di Malaysia.

    “Jelasnya SOSMA itu bukan ISA,” katanya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Kerajaan Sekarang Lebih Demokratik, Tak Guna ISA Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top