Kenapa? Teruk Sangat Ke Pemandu Myvi?

Share on Google Plus




Myvi oh Myvi…

Selain mengungguli carta sebagai kenderaan paling laris dijual di pasaran tempatan untuk 10 tahun berturut-turut, Myvi turut unggul dalam kategori ‘Lagak ngeri di jalan raya Malaysia’.

Ramai menganggap kereta Myvi ini adalah yang paling berpengaruh, paling laju, paling power, paling hebat, dan tak akan kena buli bila dibawa ke mana-mana. Senang kata, Myvi adalah ‘King of the road’.

Buktinya? Boleh tengok beberapa contoh di bawah:



1. Kereta lain aku ok lagi tapi kalau Myvi memang aku pantang

“Contohnya bila ada kereta tengah cucuk aku kat belakang, aku selalu akan cakap, ‘Eshh kereta ni nak cucuk aku pulak.’ Tapi bila Myvi, aku automatik akan cakap, ‘Eshh Myvi ni!’ Haha. Serius weh otak aku memang dah set macam tu. Tak boleh nak ubah dah.” – Tasha



2. Myvi = Lamborghini, dari jauh dah bagi high beam kat lane kanan

“Myvi selalu berdesup potong kereta aku. Aku rasa aku bawak laju dah. Tapi itu ok lagi. Ada kawan aku sorang ni bawak Honda Civic, kat highway dah bawak 130 km/j. Tiba-tiba 2 km dari belakang ada Myvi dah bagi high beam nak potong.” – Nazri



3. Hari-hari drive mesti akan ada Myvi buat hal

“You can’t drive for one day without encountering at least a single reckless Myvi driver. Aku berani cakap 70% driver yang selalu buat hal mesti bawak kereta Myvi. Diorang ni macam budak-budak yang bawak kereta langgar kat fun fair tu. Tekan minyak sampai ke lantai!” – Zack



4. Aku cedera masuk hospital disebabkan Myvi

“Budak yang langgar aku sampai aku mengalami kecederaan teruk adalah pemandu yang bawak kereta Myvi. Aku accident macam nak mati weh. Sekarang dah jadi ‘Iron Man’ sebab kena operate masuk besi. Haihh. Then baru-baru ni kereta Myvi jugaklah yang hampir menyebabkan aku accident buat kali kedua dan orang lain pun boleh tercedera.” – Naim



5. Yang drive Myvi ni ramai budak baru dapat lesen

“A.k.a budak baru nak up yang mak ayah belikan kereta. So, mentality of driving memang A+. Diorang ingat diorang bawak Lamborghini ke nak beam sana beam sini? Ini termasuklah gadis-gadis yang acah-acah bawak Myvi macam bawak sportscar.” – Anwar



6. Even aku sendiri yang bawak Myvi ni pun selalu gaduh dengan Myvi

“Aku tak tahulah apa masalah diorang ni. Tapi nak kutuk lebih-lebih tak boleh jugak sebab aku sendiri pun bawak Myvi. So redha jelah.” – Liyana



7. Beli Myvi lepas tu upgrade beribu-ribu acah-acah kereta racing

“Mungkin most of them yang bawak Myvi ni baru mula kerja tapi minat dalam sukan permotoran. Cuma dia ingat Myvi dia paling power. Jadi diorang pun bikin Myvi diorang full tinted gelap, pasang sticker Wi-fi, ‘No food No pet No brain’ penuh kat tingkap siap dengan nombor keahlian kat cermin belakang. Lepas tu malam bila drive pasang fog lights je. Aku tak tahu nak cakap apa dah.” – Rizman



8. Diorang suka sangat tukar fog lights sampai silau

“Every weekend guna LPT, lampu kereta Myvi lah yang paling silau menyuluh sampai pucuk pokok. Most of them suka sangat modify kereta diorang especially their fog lights. They are too bright my eyes can’t bear it. Memang bahaya untuk pengguna jalan raya lain. Tak considerate langsung diorang ni. Tapi tak semua lah. Ada je yang bawak Myvi tapi berhemah.” – Nora – says


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment