Kalau Muhyiddin Sekali Pun Yang Turun Ke Muar, Razali Tetap Lawan

Share on Google Plus




Ahli Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim tidak gentar untuk mempertahankan kerusi Parlimen tersebut walaupun ia dianggap kawasan berisiko '50-50' buat UMNO pada pilihan raya umum akan datang (PRU14).

Bagi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, proses demokrasi adalah lumrah dalam berpolitik.

"Sesiapa sahaja yang datang ke Muar dari parti lawan, kita akan hadapi, walaupun calon itu seorang presiden sebuah parti politik," tegas Razali yang telah berkhidmat sebagai wakil rakyat Muar selama tiga penggal.

Beliau mengulas cakap-cakap politik mengenai kemungkinan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meninggalkan Pagoh untuk bertanding di Parlimen Muar.

Pada masa yang sama, Razali menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional untuk menentukan calon yang sesuai untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Pada PRU13 yang lalu, beliau memperoleh 20,867 undi menewaskan calon PKR, Nor Hizwan Ahmad, yang mendapat 19,221 undi.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment