Jumlah Minyak Dunia Semakin Berkurangan

Share on Google Plus




Dunia mungkin berdepan masalah bekalan minyak berikutan penurunan mendadak pelaburan dan kurangnya penemuan konvensional baharu, kata Ketua Eksekutif Saudi Aramco, Amin Nasser.

Minyak syal bukan konvensional dan sumber tenaga alternatif adalah faktor penting untuk membantu menampung permintaan akan datang, namun masih terlalu awal untuk menganggap ia boleh dibangunkan dengan pantas bagi menggantikan minyak dan gas, kata Nasser di Istanbul.

“Jika kita lihat situasi jangka panjang bekalan minyak, gambarannya menjadi semakin membimbangkan,” kata Nasser.

“Pelabur kewangan semakin menjauhkan diri daripada membuat pelaburan besar dalam penerokaan minyak, pembangunan jangka panjang dan infrastruktur berkaitan. Pelabur dalam projek lebih kecil seperti minyak syal tidak dapat membantu,” kata Nasser.

Pelaburan bernilai kira-kira AS$1 trilion (RM4.2 trilion) lenyap sejak harga minyak menjunam pada 2014.

Beberapa kajian menunjukkan 20 juta tong sehari (bpd) pengeluaran baharu diperlukan bagi menampung pertumbuhan permintaan dan mengimbangi penurunan jumlah lapangan yang dibangunkan dalam tempoh lima tahun akan datang.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment