728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 3 July 2017

    Isu Gambar Lucah: Nad Zainal Beri Pesan Kepada Peminat...





    Baru-baru ini aktres Nad Zainal berkongsi paparan skrin individu tidak dikenali yang menggunakan akaun Instagram palsu meminta gambar lucah daripadanya.


    Laporan mStar online menyebut, menerusi foto itu pelakon berusia 27 ini meminta agar orang ramai berhati-hati dengan gangguan seksual sedemikian rupa.


    "Lelaki dan wanita jaga diri, sekarang ramai tak sihat akal" tulisnya.


    Status yang dimuat naik itu mendapat reaksi positif pengikutnya yang menyokong tindakan Nad membalas mesej berkenaan.


    Segelintir pengikut Instagram aktres ini juga menganggap komen balas pada foto paparan skrin itu yang berbunyi "kepala hotak kau berjambul" itu sebagai lucu.


    Dalam pada itu, Nad berkata, gangguan itu bukan terjadi kepadanya, sebaliknya seorang rakan.


    "Bukan Nad yang kena, kawan punya saya 'repost' sahaja, " ujarnya.


    Nad Bagaimanapun, telah memadamkan posting berkenaan selepas ia berkongsi hal tersebut bersama peminat.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Isu Gambar Lucah: Nad Zainal Beri Pesan Kepada Peminat... Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top