ISHAM RAIS ANGGAP PAKATAN HARAPAN BANGANG & AKAN KALAH DALAM PRU14

Share on Google Plus




Hishamuddin Rais, nama besar dalam kumpulan penyokong tegar pembangkang dan pemikiran terbuka dalam negara kita. Dia seringkali tampil dalam mana-mana gerakan haluan kiri dan gerakan mahu menggulingkan kerajaan melalui revolusi caranya.



Pakatan Pembangkang seringkali menggunapakai Hishamuddin Rais yang juga penulis laman blog bernama Tukar Tiub dalam pentas-pentas menghasut rakyat untuk menentang Kerajaan Malaysia – atau lebih tepat menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).



Bekas tahanan ISA itu turut mengasaskan Radio Bangsar Utama bagi menarik minat dan merekrut anak-anak muda untuk berhaluan kiri dan menentang tanpa henti.



Bagi dirinya, orang berhaluan kiri mempunyai falsafahnya yang tersendiri iaitu ‘orang kiri adalah orang paling bijak di dunia kerana mereka sering tertindas’.



Demi untuk memastikan harapan dan perjuangan dia selaku orang kiri itu berjaya, maka dia tidak kisah untuk bekerjasama dengan Pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad, walaupun bukannya dia tidak kenal bahawa Mahathir pernah bergelar Presiden UMNO selama 22 tahun.



Perkara ini disebut oleh Hishamuddin semasa dalam forum bertajuk ‘Mahathir Agen Perubahan Atau Agen Pemusnah?’ yang diadakan pada 25 Julai 2017 lalu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.



Namun, apa yang menariknya Hishamuddin turut menyebut mengenai potensi Pakatan Harapan untuk memenanggi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.



Secara berterus terang dan tanpa prejudis, aktivisi haluan kiri itu mengaku bahawa Pakatan Harapan tiada harapan untuk menang dalam PRU14 akan datang. Dia bercakap sedemikian di hadapan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu.



“Persoalan-persoalan banggang… ini persoalan banggang tentang siapa jadi Perdana Menteri… please…



“Saya… secara jujur saya katakan kamu (Pakatan Harapan) tidak akan… sorry eh Mat Sabu… Pakatan Harapan tidak akan menang dalam pilihan raya ini,” katanya semasa forum tersebut.



Walaupun ruit muka Mohamad Sabu nampaknya agak tersentap dengan kenyataan itu, namun Hishamuddin tetap memaki hamun dan mempersenda Pakatan Harapan kerana terlalu membayangkan jawatan dalam kerajaan, walaupun potensi untuk menang adalah tipis.



“So tidak perlu bincangkan siapa Perdana Menteri…,” tambahnya lagi. –Tv14










Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment